Sunday, July 17, 2011

Ikan Bakar Alai




Assalamualaikum.

Happy weekend everyone. Cuti aku minggu ni cuma abiskan masa duduk rumah buat kerja. Tapi kan...Semalam masa tengah tengok tv,Afiq call. Dan 2 jam kemudian,aku dah berada di sini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haiyo. Aku tak tau macam mana aku boleh termakan pujuk rayu Afiq ajak g makan ikan bakar. Haha. Kalau setakat Sekinchan Ikan Bakar tu takde hal la. Kat Bandar Tun Razak ni ada. Tapi boleh pulak aku pegi sampai Melaka. Yes,Melaka. Sanggup tu pegi Melaka semalam. Tinggal kereta kat TBS,and then naik bas pegi Melaka dengan sehelai sepinggang. Haha. Jom,tengok apa yang kitorang makan semalam.

Pepahat masak halia - ikan 'tak ingat nama' bakar - ketam butter


sotong celup tepung. Slrupppppp. Lapar pulak. Hadoi


Lepas makan. Licinn. Sorila gambar sikit je. Aku teruja sangat nak makan. Tangkap gambar ala kadar je. Biasa la. Orang baru first time pegi. Ala-ala jakun aku semalam. Haha. Banyak lagi sebenarnya lauk yang Afiq ngan Yeop order. Tak sempat nak snap. Aku lapar gila. Tak makan dari tengah hari.

Sebelum balik KL,singgah rumah Afiq dulu. Sempat la minum teh secawan. Lepas tu aku ikut Yeop dengan Faz balik KL. Yela,kan datang sehelai sepinggang. Kena la balik malam tu gak. Hehe. Masuk je kete Yeop,terus lelap. Tak tau la kalau aku berdengkur ke. Hahaha. Tapi yang bagusnya Yeop ngan Faz ni, diorang caring sangat. Diorang follow kete aku sampai depan pintu pagar. Siap suruh aku masuk rumah dulu,baru diorang gelak balik Selayang. Thanks! :))

Pagi ni bangun tido teringat ikan bakar semalam. Haih,ni kena pegi Alai lagik ni. Meleleh air liur teringat makan semalam.

Afiq,belanja lagi boleh?hehe

waninurul.blogspot.com

2 comments:

  1. Bestnya makan ikan bakar.. sampai licin pulak tu.. hehehe.. Kak Faz pregnant kan? Cmner dia ok ke?

    ReplyDelete
  2. aah.faz pregnant skrang.dia okey je,:))

    ReplyDelete