Saturday, July 23, 2011

Malaysia vs Chelsea.


Hai semua. Kali ini mari review game Malaysia vs Chelsea ari tu. Err,sejak bila aku minat bola ni?Haha. Afiq dah beli tiket,so layan je la. Act,tiket yang Afiq beli tu include skali ngan pass untuk training session die. Tapi,kitorang tak pegi. Komitmen pada kerja. cewahh. Hehe. Kitorang pegi tu naik lrt je. Malas nak bawak kereta. Mampuih nak carik parking kang. Pegi lrt tu pun dah azab. Mak aihh.Ramai gila orang.


Muka bangga penyokong Harimau Malaya nih.

Aku siap pakai baju Malaysia tu. Semangat gila. Biasa la,orang first time tengok bola kat stadium. Semangat mesti lebih. Hahaha. Cuma yang tak semangat bila tengok aku dalam gambar. Apehal gemok sangat ni??Carik gaduh betul la. Eii

Sampai je stadium tu dah maghrib. So,aku pegi semayang dulu. Cari punya carik surau baru jumpa. Tanya sana sini,semua orang jawab, 'Sana dik,sanaaa..' Hadoi. At last jumpa gak. Cuma satu je yang macam tak best. Surau takde telekung. Aku pun pandai,telekung tak bawak. Nasib baik ada akak ni bawak telekung sendiri. Aku pun dengan malu-malu kucing mintak izin die nak pinjam. Ramai gak yang pinjam telekung dia. Banyak pahala dia ari tu. Kat surau tu aku siap berkenalan ngan sorang budak pompuan ni. Ape eh nama dia..Haa,Karlisa. Sedap kan?Macam nama dalam novel kan?Hihi. Rupa-rupanya dia duduk sebelah aku je dalam stadium. What a small world :) Dia pakai baju Chelsea,tapi sepanjang game aku nengok dia lagi excited sokong Malaysia. Bagusla,sape lagi nak sokong negara kita kalau bukan kita kan?Hehe.


Kami bangga menjadi Anak Malaysia. :)

Overall game hari tu okey la. Thumbs up for Harimau Malaya. Sebab pertahanan sangat superb. Kalau tak,takkan end up dengan 1-0 je kan?hehe. Pergi tengok bola ni la baru aku kenal player-player Chelsea.

Err, Lampard kan? Correct me if I'm wrong.

Drogba rite? Rasa macam kecik sangat player kita bila berdiri sebelah dia. Bukan main besar lagi. Rilek je die tackle bola. Geram pun ada. Apesal ko lari laju sangat hah?hehehe

Masa ni stadium tak penuh lagi. Game start dalam 8.45 pm


Time ni warm up session. Sape pun aku tak nampak.Haha. Tiket murah je. Mane nak tengok muka sorang-sorang. Huhu

Masa game. Ramai gila kan?


Amik gambar buat kenangan. Aku jumpa bendera ni bawah kerusi. Hehe.

Kitorang tunggu sampai game habis. Tapi ramai gak yang balik awal lepas Chelsea dapat gol. Aku pun dua tiga kali pikir masuk ke tak sebenarnya. Tapi reff kata masuk. So,bola dah lepas line la kan?Takpela. At least, Malaysia tak la bolos banyak. Satu jeee. Ada orang kata macam tak masuk.Tak tau la. Sape yang tengok,taula macam mana gol malam tu. Tapi takpe,Chelsea score pun aku tepuk gak. Semangat kesukanan kan?Hahaha.

Pada aku,best jugak tengok bola kat stadium ni. Lagi best dari tengok kat tv. So lepas ni aku nak tengok kat stadium je la. Boleh?abis duit gaji oii.Huhu. Eh,game Malaysia vs Singapore nak start jap lagi. Bye. Aku kan no 1 fan Harimau Malaya sekarang. Harusla duduk depan tv awal2.Huhu



waninurul.blogspot.com

Sunday, July 17, 2011

Ikan Bakar Alai




Assalamualaikum.

Happy weekend everyone. Cuti aku minggu ni cuma abiskan masa duduk rumah buat kerja. Tapi kan...Semalam masa tengah tengok tv,Afiq call. Dan 2 jam kemudian,aku dah berada di sini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haiyo. Aku tak tau macam mana aku boleh termakan pujuk rayu Afiq ajak g makan ikan bakar. Haha. Kalau setakat Sekinchan Ikan Bakar tu takde hal la. Kat Bandar Tun Razak ni ada. Tapi boleh pulak aku pegi sampai Melaka. Yes,Melaka. Sanggup tu pegi Melaka semalam. Tinggal kereta kat TBS,and then naik bas pegi Melaka dengan sehelai sepinggang. Haha. Jom,tengok apa yang kitorang makan semalam.

Pepahat masak halia - ikan 'tak ingat nama' bakar - ketam butter


sotong celup tepung. Slrupppppp. Lapar pulak. Hadoi


Lepas makan. Licinn. Sorila gambar sikit je. Aku teruja sangat nak makan. Tangkap gambar ala kadar je. Biasa la. Orang baru first time pegi. Ala-ala jakun aku semalam. Haha. Banyak lagi sebenarnya lauk yang Afiq ngan Yeop order. Tak sempat nak snap. Aku lapar gila. Tak makan dari tengah hari.

Sebelum balik KL,singgah rumah Afiq dulu. Sempat la minum teh secawan. Lepas tu aku ikut Yeop dengan Faz balik KL. Yela,kan datang sehelai sepinggang. Kena la balik malam tu gak. Hehe. Masuk je kete Yeop,terus lelap. Tak tau la kalau aku berdengkur ke. Hahaha. Tapi yang bagusnya Yeop ngan Faz ni, diorang caring sangat. Diorang follow kete aku sampai depan pintu pagar. Siap suruh aku masuk rumah dulu,baru diorang gelak balik Selayang. Thanks! :))

Pagi ni bangun tido teringat ikan bakar semalam. Haih,ni kena pegi Alai lagik ni. Meleleh air liur teringat makan semalam.

Afiq,belanja lagi boleh?hehe

waninurul.blogspot.com

Saturday, July 16, 2011

Apa Yang Saya Buat?



Okey murid-murid. Mari lihat apa yang saya sibukkan selama empat bulan ni.



Jadik juruukur Mid Valley

Tukang kira berapa orang yang beratur depan Machines nak beli iPad2


Tukang pilih makanan yang sedap-sedap kat Q Bistro


Sibuk pergi kawan kawin. Aku ntah bila.


Sibuk jumpa kawan-kawan lama. Gosip-gosip.



Sibuk main ngan budak kecik ni. Lagi sorang pemalu nak bergambar.


Tukang tangkap gambar / photog konvo Afiq


Sibuk dengan konvo sendiri. Pasni aku buat satu entry pasal konvo ari tu.


Pegi kursus guru baru a.k.a holidayyyy



Tukang ajar erobik masa 1M1S1M. Budak-budak ni tengah gelakkan aku ke ape @_@

Banyakkkkkk lagi sebenarnya aktiviti aku. Update sikit - sikit eh. Jangan tamak. Kang esok-esok dah takde benda pulak nak update. Haha.

waninurul.blogspot.com

Friday, July 15, 2011

Serius


Assalamualaikum.

Ok. Ini serius. Betul - betul punya. Takde main-main. Aku nak start balik blogging. Sape nak baca,silakan. Aku tulis apa yang aku rasa, apa yang aku suka. Kalau ada post yang lepas tak sempat korang baca aku dah delete sorry.

Ok. Dah abis serius.

Hahahaha.
Gila lama aku tak update. Al maklum,duit tak berapa banyak. Tak mampu nak pakai berukben. Mampu menumpang kedai-kedai yang ada wifi saje. Tapi kena gak melabur beli air secawan. Kalau tak konfem kena halau ngan tokey kedai makan.

Hidup masih macam dulu. Pergi sekolah,balik sekolah,buat kerja,tido, bangun tido n ulang balik rutin yang sama. Walaupun sama je rutin tiap-tiap hari,aku masih waras. Hehe. Masih lagi mampu pergi tengok wayang,window shopping,dating tiap-tiap minggu. Dah penat kerja,mesti bagi hadiah untuk diri sendiri kan? Itu cara aku reward diri sendiri. Kalau tak,sape lagi nak buat untuk diri kita. Masa bujang ni la gunakan masa yang ada dengan sepenuhnya. Buat apa yang ko rasa nak buat.

Aku dah tukar backgroud. Pink tu. Macam geliss pulak. Tapi cantik kan? (sambil kelip-kelip mata)

waninurul.blogspot.com