Wednesday, June 12, 2013

Wedding Preparations :: Hantaran

Okey,hari ni cerita pasal hantaran pulak. Hantaran masa kawin ni semua buat sendiri. Tapi bukan aku buat,kakak ipar buat. Tangan memang menjadi kalau buat ape2. Kreatif. Bunga telur pun dia buatkan sekali. Masa tu tunang tempah kat kedai,not bad. Tapi mahal sangat. Macam tak berbaloi pulak spend 4, 5 ratus untuk deco hantaran je.

Barang - barang hantaran mostly beli kat Sogo time xmas sale. Memang dah target nak pegi masa xmas sale. Ada gak barang yang beli kat Pertama (kasut tenis husband) and KLCC (jam aku). Barang hantaran memang takde yang merepek2 sangat. Beli semua yang memang nak guna lepas tu. Brand pun yang biasa guna. 


Kat belakang tu la gambar yang print atas kanvas. Letak kat entrance dewan.


Ni hantaran dari pihak aku. Hantaran dari pihak husband takde gambar. Kena tunggu gambar dari OP dulu. Tema blue pink silver. Kenapa pilih kaler tu jangan tanya. Masa akak ipar bagi idea aku angguk je. Nasib ada orang nak buat,kalau harap aku memang tak jadi. Hahaa. Barang -barang hantaran tu lapik dengan bantal. Act,bawah tu ada dulang. Tapi masa nak gerak baru letak atas dulang. Bantal tu kawan sekampung kasi pinjam. Nasib ada dia. Dahla bagi pinjam bantal ni & bantal nikah pastu takyah bayar ape2. Rezeki sangat. Die siap bagi hadiah bunga pahar satu pasu. Wuwuwuwuu... Husband punya kasut hantaran sampai dua. Macam nak nangis cari kasut tenis tu. Nasibbbbb jumpa. Candy & chocs tu abang aku bagi. Rezeki lagi. Terima kasihhhhh. 


Bunga untuk hantaran ni dari crepe paper. Pastu akak ipar tambah manik2 sikit. Dia yang tolong susun2 kan semua. A day before majlis memang aku tak terpandang dah benda ni. Janji siap. Alhamdulillah,everything went well. 

Nanti sambung lagi pasal preps yang lain pulak yee

Tuesday, June 11, 2013

Wedding Preparations :: Pre Wedding Photoshoot

Update pasal shoot pre wedd la ye. Hehe. OP untuk shoot ni Ayu. Dapat harga yang berbaloi-baloi. Since kitorang nak gambar softcopy saje. Tak nak album semua. Main objective adalah nak guna gambar ni untuk bunting and banner. Bukan untuk kad ye. Aku bukan jenis tepek gambar sendiri kat kad kawin. Segan oii. Haha. 

Mula-mula plan nak shoot kat Pullman Putrajaya. Tapi bila sampai sana cuaca tak baik sangat. Macam nak hujan. So kitorang tangguh. Kali kedua,kitorang pilih kat Shah Alam. Taman ape tah nama tu. Pilih situ sebab ada back up plan. In case kalau hujan boleh buat indoor. Tak nak tangguh - tangguh lagi. Design banner n bunting dah nak kena hantar kat vendor. Buat sekali ngan kad. Vendor kat Melaka. Bolehla,not bad. Janji ada kad nak bagi kat orang. Ye tak? Hehe. 




Kitorang pilih gambar ketiga tu untuk bunting n banner. Design bunting n banner Ayu yang design. Pehh, memang tepat ambik dia. Semua dia tolong. Kalau ada masa nanti update design banner n bunting tu. Gambar ada kat husband. Gambar ketiga tu jugak kitorang print atas kanvas. Letak kat entrance dewan masa bersanding n bertandang. Tempah tru fb je. Last minit. Huhu. Kualiti not bad, servis die bagus. Sekejap je dah sampai. Dalam RM110 include postage. Bolehla untuk orang pemalas survey macam aku. Tutup mata,bayar. Done. 

Okey. Sambung nanti. Bye


I'm Back

Baru nak aktif blog semula. Sebenarnya dah taip panjang lebar, dan dah publish pun. Tapi sebab aku bengong terpadam entry tu. Terkial - kial aku nak publish. Ciss. 

Back to the story. After 7 years, we are finally married. Alhamdulillah. Tapi sehingga hari ini masih long distance relationship. Dapat jumpa weekend and hari - hari cuti je. Tapi banyak husband yang mengalah. Dia yang selalu balik umah kitorang kat Klang. And bila cuti panjang, baru aku balik Melaka. I owe u so much sayang. Husband pulak tak pernah lupa nak tanya aku bila nak balik Sabak Bernam. Dia kata kalau boleh tiap bulan balik sana jumpa mak ngan abah. 

Nak update pasal wedding. Tapi OP masa bersanding and bertandang tak bagi gambar lagi. Maybe next month. So buat sementara waktu ni update pasal wedding preps je dulu. Yang tu memang ada gambar dalam simpanan sendiri.

Kasi teaser dulu la. Kemain la kauuuuuu. Hahahaha