Tuesday, August 31, 2010

@ remy's



In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Good morning semua. sekarang ni pukul 5.50 a.m. Wah,gagah gila aku update blog pagi2 buta nih. Sebenarnye aku blum tido lagi. Huhu. Konon - konon buat assignment,tapi tak siap-siap. Mane nak siapnye,sebok main fb je.


Act, nak cerita bukak puasa semalam. Ada sorang classmate aku jemput datang berbuka rumah dia. Memang tiap2 tahun kitorng pegi umah die. Memang acara wajib kelas kitorang lah. Yela,kitorang kan duduk jauh di perantauan,cewahh. Menumpang kasih la kat sape - sape yang ada kat sini. Cehh,ayat macam jauh je ko belajar. Setakat naik flight 50minit je,ape barang.haha.


Sebelum kitorang berbuka kat umah die,budak2 laki kelas aku ada buat photoshoot. Umah member aku ni dekat ngan sungai. So,kitorang pun decided untuk photoshoot d sana. Bawak kamera besar-besar,dah konfemlah muka aku boleh jadi cantik.ok,stop.jangan perasan.


Aku upload dulu sekeping. Kena mintak izin kat photographer dulu. Kang die suruh aku bayar,naya je. Haha. Kira ni macam teaser la. Ececeh,teaser bagai kau.







Credit to tukang tangkap gambar nih :: Alif Abu Bakar



waninurul.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

Berbuka Di Mana?

In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hi semua. Hari ni dah 20 hari puasa kan? Kejap je rasa. Tunggu ari selasa, rabu and kamis..Pastu boleh balik kampung dah. Tak sabar. Hehe.

Semalam, aku ngan housemates semua berbuka kat luar. Mula - mula ingat nak masak je. Tapi ada housemate aku ajak berbuka kat luar. So,on je la. =)

Kitorang berbuka kat Gem Beach Resort. View cantik, makanan sedap. And plus, harga ok. Tapi yang paling penting teh tarik die terbaikk. Aku ulang alik topup tej tarik je semalam. Sampai akak tu dah simpan bekas teh tarik pun, aku still lagi mintak tambah. Haha. Takpela,dah bayar kan. Baik makan. Huhu. Lagipun semalam tak ramai sangat yang berbuka kat sana. Kitorng ngan few outsiders. Pastu ada gak pekerja die yang buka sekali. Maybe sebab tak ramai,sebab tu staff die berbuka kat situ.

Around 9.30 kitorg gerak balik rumah. Memang dah ketat la seluar memasing. Kenyang teh tarik. Hehe.

Ari ni berbuka kat luar lagi. Ada classmate ajak berbuka kat rumah die. Esok, ada seseorang sudah plan nak berbuka di mana. Can't wait. =)

waninurul.blogspot.com

Saturday, August 28, 2010

Tolong

Rancak betul budak - budak ni main mercun. Aku rasa budak. Tapi tak tau la kalau mak bapak diorg pon join sekali. Buat aku tkejut je. Bila bunyik tu rase nak melompat. Adehh,nasib baik makcik takde sakit jantung ye adik - adik sekalian. Haihhh. Dahla housemates tak balik lagi. Pergi shopping raya la tu. Huhu. Takpela,setahun sekali. Kalo raya tiap - tiap bulan,rabak poket. Hehe.

Tapi sekarang ni aku tak de feling sangat nak beli baju raya. Kat umah ada lagi 2 helai baju tak pakai. Pakai yang tu je lah raya ni. Cuma sekarang ni tengah terbayang - bayang nak beli baju apa untuk dinner nanti. Lepas raya nanti batch aku ada buat annual dinner. Tema hitam merah. So, harus pakai cantik - cantik ye. 5 tahun sekali beb. Kenangan tu. Lagi satu tema di elegance & glamour. Ape benda tu. Pening makcik. Kang tersilap dress code padan muka aku. Ada suggestion tak? Nak sewa macam tak berbaloi la. Boleh pakai sekali je. Kalau boleh nak beli baju yang boleh pakai lagi lepas ni. Lepas dinner simpan,pastu pakai raya tahun depan pulak. Haha. Save bajet..;)))))

Ohh. Aku ada jumpa sorang nih. Jumpa kat fb. Aku rase die shoe designer. Kasut die,pehhhhh..Tak bkelip aku tengok.
Kalau nak tengok, try carik
ChristyNg.com kat fb.

Ada tak sape - sape boleh suggest baju ape aku nak pakai nanti? Tapi kalau sponsor pon boleeehhhhhhh. Hahaha

Hari tu tengok baju kat hajaba. Sepasang rm400. Hohhh??Boleh pengsan makcik macam nih.


waninurul.blogspot.com

Kekanda Adinda

In the name of God, most Gracious, most Compassionate


Aku tak tipu kan?Kan dah cakap semalam nak update hari - hari. Hehe. Baru dua hari boleh la cakap mcm ni.Kang dua hari update pastu kena tunggu lagi dua tahun baru ada new update. Haha.



Tidur memang berkualiti betul hari ni. Sebab baru tido 3 jam dah terjaga. Paksa - paksa gak mata ni bagi tutup. Tapi gagal. Haihh. Bangun je la. Maybe tak boleh tido sebab alarm kete jiran sebelah. Bukan main bising lagi. Baru tukar bateri kott. Haha. Ingatkan kereta sendiri yang bunyik. (Eh,salah. Aku mana ada kereta. Tu cerita 10 tahun akan datang)



Ari ni housemates sume pegi state library. Aku tak ikut. Kang bantai tido je dlm library tu. Biasala,ad aircond..paham - paham lah. So, aku ddk kat umah je. Siapkan research,kerja kursus,report..Aiseh,baru ingat report tak buat lagi. Eiiiiii. Tapi sampai sekarang satu benda tak siap lagi. Semua baru siap separuh. Macam mane ni,next week nak hantar dah.



Eh,sebenarnye nak cerita pasal ini.



Best la lagu ni. Korang dah penah dengar ke? Ke aku yang ketinggalan zaman?




http://www.youtube.com/watch?v=I6jfyT2LIYQ




Siap crop jadi ringtone.Haha. Gila semangat kan?;p



waninurul.blogspot.com
In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hi semua. Wow,lama gila tak update. Nasib bek ingat lagi password.Hehe.

Lama sangat tak update nih. Nak karang ayat pon macam kelakar je. Act,saya adalah sangat bizi sekarang. Ini pun update pukul 4.20 am. Sambil tangan sebelah sibuk dail no ♥ ♥ . Haihh,bangunlahh. Kang imsak kang. Dah dekat setengah jam sibuk mendail ni. Mesej lagi la tak jalan.

Tak pelik la kan kalau bulan puasa update blog pukul 4 in the morning nih. Sekarang ni sibuk sangat dengan assignment yang melambak-lambak. Sebab tu tido lambat. Banyak sangat assignment nak kena buat. Tak tau nak buat yang mana satu dulu. Last - last tak buat pun. Membizi update blog. Muahahaha...

Nanti update lagi ye. Nanti tiap - tiap ari I update.(boleh percaya ke?hahaha)




waninurul.blogspot.com