Saturday, July 17, 2010

Merah Merah Merah




In the name of God, most Gracious, most Compassionate


Hi semua. Ini update hujung minggu. Esok dah kena pegi sekolah balik. Haih... Sekarang ni yours truly ni tengah addicted dengan 'bedazzle'. Sampai housemates pun pelik. Hehe. Sangat addicted okey. Sanggup ulang alik pegi kedai semata - mata nak pasang benda alah tu. Nak tengok hasilnya?

Jeng



Jeng



Jeng



*



*





*



*

Tadaaa!



Jangan gelak okey ;p

Ni sticker je sebenarnye. Boleh beli kat kedai aksesori, tak pun kedai alat tulis biasa. Tak sampai RM5 pun.Hehe. Sticker ni aku tak lekat terus kat hp red rose tersayang tu. Kang ada yang kena marah tak pasal - pasal. Aku just tampal sticker ni kat cover hp yang dibeli di downtowncheras dengan harga rm25 lepassetengahjampujukamoitu. Mahal ok. Tapi sebab masa tu ada orang offer nak belanja sempena birthday, so dengan pejam mata main rembat je. Haha. So cukup pakej red rose dan cover adalah hadiah birthday in advanced..=)

Bukan 1 tapi dua baby red saya.(eceh,baby bagai ko). Minggu ni ada pc fair dekat TTC. Kali pertama pegi, cuma cuci mata. Duit tak ada. Tiba - tiba malam tu pegi lagi dan I telah 'terbeli' ni.......



baby red kedua kepunyaan saya

Hehehe. Saya tak sengaja. Ok,tipu. Sebenarnya memang intend untuk beli. Dah lama. Tapi atas pertolongan 'anda' akhirnya aku dapat peluang untuk memiliki gadjet ni. (gadjetkah?haha)




* Lepas ni kena calculate berapa rm kena cover balik lepas pembelian ni. Haish. Nak update buku debit & kredit.







waninurul.blogspot.com

Thursday, July 15, 2010

'Selamat Hari Nurul Hazwani'


In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hai semua. Hari ni hari Khamis. Hari yang ditunggu - tunggu. Sebab? Aku kan duduk pantai timur. Haruslah esok cuti kan.;)

Hari ni tak ada kelas. Cuma dapat jadual ganti kelas. Tahun 2. Sebelum masuk kelas,dah siap sedia. Baca doa banyak - banyak. Sebab takut tak dapat menghadapi dugaan yang bakal melanda. (cehh,hiperbola sungguh). Masuk kelas tu dah siap - siap bawak kertas lukisan. Harap dengan umpan kertas lukisan tu bolehla diorang duduk diam sikit.

Bila masuk kelas,rasa lega. Sebab cikgu yang tak datang tu dah siap bagi homework kat budak - budak ni. Diorang kena siapkan kerja tu. Aku kena la ajar few words in english. Tak pe,janji budak - budak ni diam.

Lepas 45 minits most of them dah siap kerja tu. So,aku berpikir ngan cepat apa nak buat lagi nak bagi budak - budak ni diam. AHA! Kertas lukisan ada bawak tadi. Aku bagi sorang satu,suruh diorang lukis favourite cartoon. Tak lama lepas tu,loceng bunyik. Yeah,masa sudah habis.

Masa aku nak keluar,ad sorang budak pompuan ni datang.

'Cikgu,kita buat kad dekat cikgu. Tapi jangan baca sekarang tau. Nanti dah masuk bilik guru baru baca'

Lepas cakap terima kasih kat budak tu,aku pun masuk staffroom. Bila bukak kad tu.....


woww.Dah ada hari yang guna nama aku sendiri
=)

KAKAK?!!WAH!!!
Tetibe feeling muda.Hahaha



* Kepada anak murid tersebut,terima kasih daun keladi. Nanti - nanti buat lagi. Hihi

Tuesday, July 13, 2010

Insiden Kepok Lekor

Satu petang yang indah (cehh), aku mesej ♥ . Ajak teman makan. So kitorang pun pergi la kedai depan umah ni saje. Sila maklum, duit elaun yang dapat tak mengizinkan aku untuk berpoya-poya di KFC apetah lagi Secret Recipe. Jadi,amik keputusan makan kepok lekor (sila baca dengan slang Tganu) saja. Murah plus makcik cantik. Haha. Disebabkan kelaparan yang melampau (walaupun dah bantai nasik kat sekolah) aku makan banyak gila. Order kepok lekor 5batang (aku makan 4 batang) & jemput - jemput 4 biji (aku makan 3 1/2). Ok,cuba congak ape yang ♥ makan? Ok,petang ni kena g joging.

Ok, berbalik pada cerita asal. Bila dah makan, kenala bayar kan. Sapa yang makan banyak dia la bayar. Sape lagi kalau bukan si pencerita ni. Bila dah bayar, of kos la duit dalam wallet makin menipis. So,terus la pegi bank ******. Sampai kat atm,try cucuk kad. Masukkan amaun ***** (eh,banyak sangat pulak rumah digit tu). Tiba - tiba.......

Transaksi tidak dapat dijalankan pada masa ini (lebih kurang camni la ayat die)
- ok wani,xpe. Rilek. Kita try atm sebelah pulak.

Cucuk kad lagi.
Lagi sekali...

Transaksi tidak dapat dijalankan pada masa ini

Ok. Masa ni dah gelabah ok. Apehal? Tak ada duit ke dalam akaun? Eh,jangan main2. Walaupun duit tak banyak tapi masih ada ye kawan - kawan.

Tiba - tiba pakguard tegur
' Dik, pegi la tanya kat kaunter'

'Oh,yeke?Time kasih pokcik'

Sampai kat kaunter, die cakap kad aku dah expired. Eh, macam roti pulak ye bang kad ni.Ada expired2 gini. So, terpaksa la korbankan RM8 buat kad baru. Saya masih belajar ye,duit cukup - cukup makan saja. Jadi harusla berkira dengan RM8 tu. Haha.

Lepas dapat kad baru yang harga RM8 tu, aku pegi atm balik. Nak try no pin baru yang dah set kat kaunter tadi.

******

pertanyaan baki

RM *****

Hohhh!!??

Apesal duit aku kurang!!!!!???




Macam The Flash aku lari g kaunter balik. Yela, masa tu dah pukul 4.45. Sikit je lagi kaunter nak tutup.



'Bang,apesal duit dalam akaun saya kurang ni?'

'Memangla kurang dik,kan kami tolak RM8 sebab buat kad tu'
(sambil gelak - gelak)

"
'Memangla tolak bang,tapi takkan tolak sampai beratus. Kad RM8 je kan?'
(sabar wani,sabar)

Bila brader tu check balik, baru la aku tau. Amaun yang aku masukkan masa first aku g atm tu die dah tolak ngan baki aku. Tapi duit tak keluar. Die cakap, esok baru duit tu masuk balik. Sebab dah abis ofis hour masa tu.

Baliklah aku ke rumah dengan hampa. Nak bayar bil broadband pun terus tak ada mood (yang sebenarnya,tak ada duit)

* Insiden di atas terjadi 2 hari lepas. Syukur,baki akaun kembali kepada sediakala.



Saturday, July 10, 2010

SAKIT

Semalam : girls night out bersama housemates tersayang.

See 's' pada perkataan housemates tu? Tu menujukkan kitorang keluar semalam cukup korum. Tujuh orang. Wow,bukan selalu dapat gather sama - sama (bajet gathering ape). Makan sama - sama, jalan sama - sama, pastu sama - sama kira berapa duit yang telah diperabiskan. Hahaha. Siap bawak kalkulator beb. Kami kan student. Hehe. Kenala berbelanja dengan berhemah. (ye la tu) Bila rasa - rasa duit dah habis, itu maksudnye kena cari jalan pulang. =p

Eh,melalut. Sebenarnya nak cerita pasal SAKIT. Pagi tadi bangun je rasa satu badan sakit.
Macam kena belasah. (tipu - tipu)

Rasanye silap tido kot malam tadi. Pagi ni rasa sengal - sengal. Nak pusing pun kena slow - slow. Kalau nak pandang belakang (bukan filem jangan pandang belakang) kena pusing satu badan. Ahh,dah rasa macam robot pulak. Adess..Macam mana ni. Banyak benda nak kena selesaikan ari ni sebenarnya. Saja la badan I ni. Time tengah banyak kerja, time ni la nak manja - manja.

So, aku amik keputusan batalkan semua rancangan. Buat rancangan baru, TIDO.

* Ika suruh jemur bantal yang aku guna tido malam tadi. Pastu die cakap nanti die tolong pukul aku pakai bantal tu (petua orang tua - tua).


Aiyakkk!!!


Friday, July 9, 2010

Tersenyum Lega =)

Pagi tadi,bangun pukul 6.15am


Awal kan? Mesti korang pelik,apesal aku bangun awal sangat? Ari ni kan cuti. Act,aku kena hantar Afiq g airport. Tetibe malam tadi Afiq decide nak balik. Pastu cakap ngan aku tolong hantar die g airport esok (today). Aku ok je. So,pagi tadi around 7am, aku hantar die g airport. Afiq tak beli tiket lagi that's why kitorang kena pegi airport awal sikit. Kalau tak kena tunggu flight petang la jawabnye. Hehe.

Sampai je kat airport,parking keta terus tuju AirAsia counter. Tanya kat brader AirAsia tu tiket pagi ni berape. And he said, 'RM275'..

I was like 'Haa??'

hahahahahahah...Afiq cakap tak pe la. Die drive je balik.Save sikit..;)

1.32 : He arrived safely.

Lega...=)

Friday, July 2, 2010

Six Months To Go

Pejam celik,pejam celik dah 5 tahun aku bertapa kat Terengganu ni. Umur dulu belasan tahun je,sekarang dah masuk 20an.Hehe.. Macam tak sangka aku dapat bertahan selama ni. Dulu siap nangis-nangis kat mak tak nak datang sini. But now, I'm halfway there...;)

Tinggal enam bulan ni je aku nak habiskan masa dengan kawan-kawan. Lepas ni masing - masing posting dekat negeri lain-lain. Kalau nasib baik,bolehla posting satu negeri. Harap-harap tak dapatla posting kat Sabah or Sarawak. Boleh nangis ok..huhuhu..=(

Masa ni la mula teringat balik kenangan ngan kawan - kawan. Dulu,nak pegi kedai makan jalan kaki,sekarang dah boleh naik kereta sendiri. Thank You Allah..;) Masing - masing sekarang pun dah banyak perubahan. Dah ramai yang ada calon nak kenalkan kat parent masing - masing. Yang dah kawen pun ada.hehe. Bagus-bagus.

Tiba - tiba malam ni cam sedih pulak. Tinggal berapa bulan je lagi nak menikmati hidup yang macam ni.

Kalau nak macam ni sampai bila - bila boleh tak?