Friday, December 24, 2010

Cantik kah?

Assalamualaikum.

Hai semua. Saya sudah berada di kampung sekarang. :)) Semalam bertugas sebagai pembeli barang dapur. Pembeli barang dapur yang stylo. Or not. Haha. Kakak tersayang telah menjadi perunding imej saya. Mari kita tengok hasilnya.



Tadaa!!

Semua orang dah lama kan pakai style ni. Aku yang ketinggalan zaman. Huahaua. Rasa macam cantik pulak. Perasan. :D

Semalam sudah beli shawl baru. Hari ni nak kuar,boleh suruh kakak buat lagik. Hahaha.



Sapa ni. Buruknya. Hahaha.



waninurul.blogspot.com

Tuesday, December 21, 2010

Wedding Fash & Yeop

Assalamualaikum.

Wow, lamanya tak update. sepuluh tahun ade kot? Haha. Anyway,nasib baik ingat lagi password. tahun ni tahun paling bizi dalam hidup. Ceit,poyo lah kau. Biasala,final year memang bizi kan? (ke aku yang buat-buat bizi) Tapi, Alhamdulillah semua dah selesai. Cuma tengah tunggu posting.

Sebenarnya nak update pasal wedding Fash & Yeop. Kitorang dah kawan since maktab lagi. And the friendship became stronger now,:)) Happy gila tengok diorang kawen. Lama diorang couple, Alhamdulillah they are now husband & wife. I'm happy for both of you. :D

Ok, mari tengok gambar. Jom,jom.


Gambar tuan punye blog kena la tepek mula-mula. Dah blog aku,suka ati la.


Pengantin & bridemaids nye. Pink. Cantik. Wowowowow


Presenting, pengantin lelaki.



Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, they become husband & wife. :))

Esoknye pulak,ada majlis sanding belah perempuan kat Selayang Baru. Buat kat dewan. Aku sampi dalam pukul 1.30. Cehh,terlepas nak tengok diorang berarak. Takpela,tapi yang bestnye ade ayam golek tuu. Masa tu ingat makan je. Sabar Wani. Malu kat orang. Haha. Kitorang tangkap gambar dulu,pastu baru makan.


Sila jangan jeles. Blog aku,suka ati lah. hahah.


Pengantin lelaki (Yeop) & Pengantin perempuan (Fash)


Pengantin perempuan yang gorjes. :)


Ni la bridesmaid die. Kiri: Sis Gja. Kanan: Ummi.

Act,aku kenal ngan kak Gja ni kat fb je. Tak sangka pulak boleh jumpa. Tak percaya pun ada.hehe. Die sangat cantik okey. Dalam gambar cantik dah, jumpe face to face lagi cantik :)) Ramai kawan-kawan dari maktab yang datang time ni. Dah macam gath pulak. Rindu ngan kawan-kawan lama. Bila lagi la boleh jumpa.

Around 3pm, aku dah gerak balik. Ingatkan nak pegi Mid,tapi jalan jem. Mak aihh. Tak sanggup nak redah. Last2 pegi KLCC dengan berbaju kebaya ijau tu. Patriotik gila kan? Bangga sekejap. Haha. Plan nak pegi jalan-jalan je. Malas nak tengok wayang ke hape. Letih. Tapi tetibe teringin nak pegi Aquaria. Afiq punye cadangan la ni. Aku pun jakun,tak pernah pegi. Jangan gelak ye, memang aku tak penah pegi. Haha. Kesian kan. Bukan main melilau kitorang carik. Rupenye2 boleh ikut dalam. Aku ngan afiq siap tawaf park KLCC tu. Dahla I ayu ngan baju kebaya tu. hahah. Next entry la ye citer macam mana jakun nye aku pegi Aquaria tu.

Ok,babai.












waninurul.blogspot.com

Wednesday, September 1, 2010

....sambungan episod lepas.


In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hi semua. Ni sambungan dari episod lepas. Act, masa kitorang pegi buka puasa kat rumah classmate 2, ada few of our classmates yg bwk dslr. Adala dalam 3,4 orang. So sementara tunggu waktu berbuka, kitorang tepi sungai. Dekat je ngan umah classmates tu. Kitorang yang xda dslr ni jadik model je la.Haha. Best gak xde camera. Sebab nanti semua nak tangkap gambar kita. Hahahahaha.


Salah sorang tukang tangkap gambar ni adik classmates aku. Die punye gambar memang terbaik. Yang lain tu pun sama.
Alif,Shidi n Waq.Memang cantik gila gambar. (eleh,yang ada muka ko memang ko kata cantik.haha) Ni la antara gambar - gambar ari tu. Yang lain nanti - nanti la ye. Ni pun aku amik kat fb.



credit to : Shidi Mej

ni aku ngan ika. moto sapa aku xtau.main sebat je


credit to : Alimin Abu Bakar
(adik alif abu bakar.tengok post lepas)

ni classmates aku. pompuan ad 6 orang ptutnye.tp sorang xde.eh,yang belakang2 tu bukan classmates.tu kwn kpd classmates.hehehe. Apesal aku gemok sangat dalam gambar ni. Dahla sensorang interprame. Bukan main depan lagi aku duduk. Agaknye masa ni aku risau muka aku tak masuk dalam gambar kot.Huhu.

Ada lagi. Tapi aku upload yang ada muka aku je la ye.Haha. Ok,babai.


waninurul.blogspot.com

Tuesday, August 31, 2010

@ remy's



In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Good morning semua. sekarang ni pukul 5.50 a.m. Wah,gagah gila aku update blog pagi2 buta nih. Sebenarnye aku blum tido lagi. Huhu. Konon - konon buat assignment,tapi tak siap-siap. Mane nak siapnye,sebok main fb je.


Act, nak cerita bukak puasa semalam. Ada sorang classmate aku jemput datang berbuka rumah dia. Memang tiap2 tahun kitorng pegi umah die. Memang acara wajib kelas kitorang lah. Yela,kitorang kan duduk jauh di perantauan,cewahh. Menumpang kasih la kat sape - sape yang ada kat sini. Cehh,ayat macam jauh je ko belajar. Setakat naik flight 50minit je,ape barang.haha.


Sebelum kitorang berbuka kat umah die,budak2 laki kelas aku ada buat photoshoot. Umah member aku ni dekat ngan sungai. So,kitorang pun decided untuk photoshoot d sana. Bawak kamera besar-besar,dah konfemlah muka aku boleh jadi cantik.ok,stop.jangan perasan.


Aku upload dulu sekeping. Kena mintak izin kat photographer dulu. Kang die suruh aku bayar,naya je. Haha. Kira ni macam teaser la. Ececeh,teaser bagai kau.







Credit to tukang tangkap gambar nih :: Alif Abu Bakar



waninurul.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

Berbuka Di Mana?

In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hi semua. Hari ni dah 20 hari puasa kan? Kejap je rasa. Tunggu ari selasa, rabu and kamis..Pastu boleh balik kampung dah. Tak sabar. Hehe.

Semalam, aku ngan housemates semua berbuka kat luar. Mula - mula ingat nak masak je. Tapi ada housemate aku ajak berbuka kat luar. So,on je la. =)

Kitorang berbuka kat Gem Beach Resort. View cantik, makanan sedap. And plus, harga ok. Tapi yang paling penting teh tarik die terbaikk. Aku ulang alik topup tej tarik je semalam. Sampai akak tu dah simpan bekas teh tarik pun, aku still lagi mintak tambah. Haha. Takpela,dah bayar kan. Baik makan. Huhu. Lagipun semalam tak ramai sangat yang berbuka kat sana. Kitorng ngan few outsiders. Pastu ada gak pekerja die yang buka sekali. Maybe sebab tak ramai,sebab tu staff die berbuka kat situ.

Around 9.30 kitorg gerak balik rumah. Memang dah ketat la seluar memasing. Kenyang teh tarik. Hehe.

Ari ni berbuka kat luar lagi. Ada classmate ajak berbuka kat rumah die. Esok, ada seseorang sudah plan nak berbuka di mana. Can't wait. =)

waninurul.blogspot.com

Saturday, August 28, 2010

Tolong

Rancak betul budak - budak ni main mercun. Aku rasa budak. Tapi tak tau la kalau mak bapak diorg pon join sekali. Buat aku tkejut je. Bila bunyik tu rase nak melompat. Adehh,nasib baik makcik takde sakit jantung ye adik - adik sekalian. Haihhh. Dahla housemates tak balik lagi. Pergi shopping raya la tu. Huhu. Takpela,setahun sekali. Kalo raya tiap - tiap bulan,rabak poket. Hehe.

Tapi sekarang ni aku tak de feling sangat nak beli baju raya. Kat umah ada lagi 2 helai baju tak pakai. Pakai yang tu je lah raya ni. Cuma sekarang ni tengah terbayang - bayang nak beli baju apa untuk dinner nanti. Lepas raya nanti batch aku ada buat annual dinner. Tema hitam merah. So, harus pakai cantik - cantik ye. 5 tahun sekali beb. Kenangan tu. Lagi satu tema di elegance & glamour. Ape benda tu. Pening makcik. Kang tersilap dress code padan muka aku. Ada suggestion tak? Nak sewa macam tak berbaloi la. Boleh pakai sekali je. Kalau boleh nak beli baju yang boleh pakai lagi lepas ni. Lepas dinner simpan,pastu pakai raya tahun depan pulak. Haha. Save bajet..;)))))

Ohh. Aku ada jumpa sorang nih. Jumpa kat fb. Aku rase die shoe designer. Kasut die,pehhhhh..Tak bkelip aku tengok.
Kalau nak tengok, try carik
ChristyNg.com kat fb.

Ada tak sape - sape boleh suggest baju ape aku nak pakai nanti? Tapi kalau sponsor pon boleeehhhhhhh. Hahaha

Hari tu tengok baju kat hajaba. Sepasang rm400. Hohhh??Boleh pengsan makcik macam nih.


waninurul.blogspot.com

Kekanda Adinda

In the name of God, most Gracious, most Compassionate


Aku tak tipu kan?Kan dah cakap semalam nak update hari - hari. Hehe. Baru dua hari boleh la cakap mcm ni.Kang dua hari update pastu kena tunggu lagi dua tahun baru ada new update. Haha.



Tidur memang berkualiti betul hari ni. Sebab baru tido 3 jam dah terjaga. Paksa - paksa gak mata ni bagi tutup. Tapi gagal. Haihh. Bangun je la. Maybe tak boleh tido sebab alarm kete jiran sebelah. Bukan main bising lagi. Baru tukar bateri kott. Haha. Ingatkan kereta sendiri yang bunyik. (Eh,salah. Aku mana ada kereta. Tu cerita 10 tahun akan datang)



Ari ni housemates sume pegi state library. Aku tak ikut. Kang bantai tido je dlm library tu. Biasala,ad aircond..paham - paham lah. So, aku ddk kat umah je. Siapkan research,kerja kursus,report..Aiseh,baru ingat report tak buat lagi. Eiiiiii. Tapi sampai sekarang satu benda tak siap lagi. Semua baru siap separuh. Macam mane ni,next week nak hantar dah.



Eh,sebenarnye nak cerita pasal ini.



Best la lagu ni. Korang dah penah dengar ke? Ke aku yang ketinggalan zaman?




http://www.youtube.com/watch?v=I6jfyT2LIYQ




Siap crop jadi ringtone.Haha. Gila semangat kan?;p



waninurul.blogspot.com
In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hi semua. Wow,lama gila tak update. Nasib bek ingat lagi password.Hehe.

Lama sangat tak update nih. Nak karang ayat pon macam kelakar je. Act,saya adalah sangat bizi sekarang. Ini pun update pukul 4.20 am. Sambil tangan sebelah sibuk dail no ♥ ♥ . Haihh,bangunlahh. Kang imsak kang. Dah dekat setengah jam sibuk mendail ni. Mesej lagi la tak jalan.

Tak pelik la kan kalau bulan puasa update blog pukul 4 in the morning nih. Sekarang ni sibuk sangat dengan assignment yang melambak-lambak. Sebab tu tido lambat. Banyak sangat assignment nak kena buat. Tak tau nak buat yang mana satu dulu. Last - last tak buat pun. Membizi update blog. Muahahaha...

Nanti update lagi ye. Nanti tiap - tiap ari I update.(boleh percaya ke?hahaha)




waninurul.blogspot.com

Saturday, July 17, 2010

Merah Merah Merah




In the name of God, most Gracious, most Compassionate


Hi semua. Ini update hujung minggu. Esok dah kena pegi sekolah balik. Haih... Sekarang ni yours truly ni tengah addicted dengan 'bedazzle'. Sampai housemates pun pelik. Hehe. Sangat addicted okey. Sanggup ulang alik pegi kedai semata - mata nak pasang benda alah tu. Nak tengok hasilnya?

Jeng



Jeng



Jeng



*



*





*



*

Tadaaa!



Jangan gelak okey ;p

Ni sticker je sebenarnye. Boleh beli kat kedai aksesori, tak pun kedai alat tulis biasa. Tak sampai RM5 pun.Hehe. Sticker ni aku tak lekat terus kat hp red rose tersayang tu. Kang ada yang kena marah tak pasal - pasal. Aku just tampal sticker ni kat cover hp yang dibeli di downtowncheras dengan harga rm25 lepassetengahjampujukamoitu. Mahal ok. Tapi sebab masa tu ada orang offer nak belanja sempena birthday, so dengan pejam mata main rembat je. Haha. So cukup pakej red rose dan cover adalah hadiah birthday in advanced..=)

Bukan 1 tapi dua baby red saya.(eceh,baby bagai ko). Minggu ni ada pc fair dekat TTC. Kali pertama pegi, cuma cuci mata. Duit tak ada. Tiba - tiba malam tu pegi lagi dan I telah 'terbeli' ni.......



baby red kedua kepunyaan saya

Hehehe. Saya tak sengaja. Ok,tipu. Sebenarnya memang intend untuk beli. Dah lama. Tapi atas pertolongan 'anda' akhirnya aku dapat peluang untuk memiliki gadjet ni. (gadjetkah?haha)




* Lepas ni kena calculate berapa rm kena cover balik lepas pembelian ni. Haish. Nak update buku debit & kredit.







waninurul.blogspot.com

Thursday, July 15, 2010

'Selamat Hari Nurul Hazwani'


In the name of God, most Gracious, most Compassionate

Hai semua. Hari ni hari Khamis. Hari yang ditunggu - tunggu. Sebab? Aku kan duduk pantai timur. Haruslah esok cuti kan.;)

Hari ni tak ada kelas. Cuma dapat jadual ganti kelas. Tahun 2. Sebelum masuk kelas,dah siap sedia. Baca doa banyak - banyak. Sebab takut tak dapat menghadapi dugaan yang bakal melanda. (cehh,hiperbola sungguh). Masuk kelas tu dah siap - siap bawak kertas lukisan. Harap dengan umpan kertas lukisan tu bolehla diorang duduk diam sikit.

Bila masuk kelas,rasa lega. Sebab cikgu yang tak datang tu dah siap bagi homework kat budak - budak ni. Diorang kena siapkan kerja tu. Aku kena la ajar few words in english. Tak pe,janji budak - budak ni diam.

Lepas 45 minits most of them dah siap kerja tu. So,aku berpikir ngan cepat apa nak buat lagi nak bagi budak - budak ni diam. AHA! Kertas lukisan ada bawak tadi. Aku bagi sorang satu,suruh diorang lukis favourite cartoon. Tak lama lepas tu,loceng bunyik. Yeah,masa sudah habis.

Masa aku nak keluar,ad sorang budak pompuan ni datang.

'Cikgu,kita buat kad dekat cikgu. Tapi jangan baca sekarang tau. Nanti dah masuk bilik guru baru baca'

Lepas cakap terima kasih kat budak tu,aku pun masuk staffroom. Bila bukak kad tu.....


woww.Dah ada hari yang guna nama aku sendiri
=)

KAKAK?!!WAH!!!
Tetibe feeling muda.Hahaha



* Kepada anak murid tersebut,terima kasih daun keladi. Nanti - nanti buat lagi. Hihi

Tuesday, July 13, 2010

Insiden Kepok Lekor

Satu petang yang indah (cehh), aku mesej ♥ . Ajak teman makan. So kitorang pun pergi la kedai depan umah ni saje. Sila maklum, duit elaun yang dapat tak mengizinkan aku untuk berpoya-poya di KFC apetah lagi Secret Recipe. Jadi,amik keputusan makan kepok lekor (sila baca dengan slang Tganu) saja. Murah plus makcik cantik. Haha. Disebabkan kelaparan yang melampau (walaupun dah bantai nasik kat sekolah) aku makan banyak gila. Order kepok lekor 5batang (aku makan 4 batang) & jemput - jemput 4 biji (aku makan 3 1/2). Ok,cuba congak ape yang ♥ makan? Ok,petang ni kena g joging.

Ok, berbalik pada cerita asal. Bila dah makan, kenala bayar kan. Sapa yang makan banyak dia la bayar. Sape lagi kalau bukan si pencerita ni. Bila dah bayar, of kos la duit dalam wallet makin menipis. So,terus la pegi bank ******. Sampai kat atm,try cucuk kad. Masukkan amaun ***** (eh,banyak sangat pulak rumah digit tu). Tiba - tiba.......

Transaksi tidak dapat dijalankan pada masa ini (lebih kurang camni la ayat die)
- ok wani,xpe. Rilek. Kita try atm sebelah pulak.

Cucuk kad lagi.
Lagi sekali...

Transaksi tidak dapat dijalankan pada masa ini

Ok. Masa ni dah gelabah ok. Apehal? Tak ada duit ke dalam akaun? Eh,jangan main2. Walaupun duit tak banyak tapi masih ada ye kawan - kawan.

Tiba - tiba pakguard tegur
' Dik, pegi la tanya kat kaunter'

'Oh,yeke?Time kasih pokcik'

Sampai kat kaunter, die cakap kad aku dah expired. Eh, macam roti pulak ye bang kad ni.Ada expired2 gini. So, terpaksa la korbankan RM8 buat kad baru. Saya masih belajar ye,duit cukup - cukup makan saja. Jadi harusla berkira dengan RM8 tu. Haha.

Lepas dapat kad baru yang harga RM8 tu, aku pegi atm balik. Nak try no pin baru yang dah set kat kaunter tadi.

******

pertanyaan baki

RM *****

Hohhh!!??

Apesal duit aku kurang!!!!!???




Macam The Flash aku lari g kaunter balik. Yela, masa tu dah pukul 4.45. Sikit je lagi kaunter nak tutup.



'Bang,apesal duit dalam akaun saya kurang ni?'

'Memangla kurang dik,kan kami tolak RM8 sebab buat kad tu'
(sambil gelak - gelak)

"
'Memangla tolak bang,tapi takkan tolak sampai beratus. Kad RM8 je kan?'
(sabar wani,sabar)

Bila brader tu check balik, baru la aku tau. Amaun yang aku masukkan masa first aku g atm tu die dah tolak ngan baki aku. Tapi duit tak keluar. Die cakap, esok baru duit tu masuk balik. Sebab dah abis ofis hour masa tu.

Baliklah aku ke rumah dengan hampa. Nak bayar bil broadband pun terus tak ada mood (yang sebenarnya,tak ada duit)

* Insiden di atas terjadi 2 hari lepas. Syukur,baki akaun kembali kepada sediakala.



Saturday, July 10, 2010

SAKIT

Semalam : girls night out bersama housemates tersayang.

See 's' pada perkataan housemates tu? Tu menujukkan kitorang keluar semalam cukup korum. Tujuh orang. Wow,bukan selalu dapat gather sama - sama (bajet gathering ape). Makan sama - sama, jalan sama - sama, pastu sama - sama kira berapa duit yang telah diperabiskan. Hahaha. Siap bawak kalkulator beb. Kami kan student. Hehe. Kenala berbelanja dengan berhemah. (ye la tu) Bila rasa - rasa duit dah habis, itu maksudnye kena cari jalan pulang. =p

Eh,melalut. Sebenarnya nak cerita pasal SAKIT. Pagi tadi bangun je rasa satu badan sakit.
Macam kena belasah. (tipu - tipu)

Rasanye silap tido kot malam tadi. Pagi ni rasa sengal - sengal. Nak pusing pun kena slow - slow. Kalau nak pandang belakang (bukan filem jangan pandang belakang) kena pusing satu badan. Ahh,dah rasa macam robot pulak. Adess..Macam mana ni. Banyak benda nak kena selesaikan ari ni sebenarnya. Saja la badan I ni. Time tengah banyak kerja, time ni la nak manja - manja.

So, aku amik keputusan batalkan semua rancangan. Buat rancangan baru, TIDO.

* Ika suruh jemur bantal yang aku guna tido malam tadi. Pastu die cakap nanti die tolong pukul aku pakai bantal tu (petua orang tua - tua).


Aiyakkk!!!


Friday, July 9, 2010

Tersenyum Lega =)

Pagi tadi,bangun pukul 6.15am


Awal kan? Mesti korang pelik,apesal aku bangun awal sangat? Ari ni kan cuti. Act,aku kena hantar Afiq g airport. Tetibe malam tadi Afiq decide nak balik. Pastu cakap ngan aku tolong hantar die g airport esok (today). Aku ok je. So,pagi tadi around 7am, aku hantar die g airport. Afiq tak beli tiket lagi that's why kitorang kena pegi airport awal sikit. Kalau tak kena tunggu flight petang la jawabnye. Hehe.

Sampai je kat airport,parking keta terus tuju AirAsia counter. Tanya kat brader AirAsia tu tiket pagi ni berape. And he said, 'RM275'..

I was like 'Haa??'

hahahahahahah...Afiq cakap tak pe la. Die drive je balik.Save sikit..;)

1.32 : He arrived safely.

Lega...=)

Friday, July 2, 2010

Six Months To Go

Pejam celik,pejam celik dah 5 tahun aku bertapa kat Terengganu ni. Umur dulu belasan tahun je,sekarang dah masuk 20an.Hehe.. Macam tak sangka aku dapat bertahan selama ni. Dulu siap nangis-nangis kat mak tak nak datang sini. But now, I'm halfway there...;)

Tinggal enam bulan ni je aku nak habiskan masa dengan kawan-kawan. Lepas ni masing - masing posting dekat negeri lain-lain. Kalau nasib baik,bolehla posting satu negeri. Harap-harap tak dapatla posting kat Sabah or Sarawak. Boleh nangis ok..huhuhu..=(

Masa ni la mula teringat balik kenangan ngan kawan - kawan. Dulu,nak pegi kedai makan jalan kaki,sekarang dah boleh naik kereta sendiri. Thank You Allah..;) Masing - masing sekarang pun dah banyak perubahan. Dah ramai yang ada calon nak kenalkan kat parent masing - masing. Yang dah kawen pun ada.hehe. Bagus-bagus.

Tiba - tiba malam ni cam sedih pulak. Tinggal berapa bulan je lagi nak menikmati hidup yang macam ni.

Kalau nak macam ni sampai bila - bila boleh tak?


Sunday, June 27, 2010

my water moments

Hi semuaaaaaa.wow,lamenye xbukak blog.hehe.tuan blog cuti,so blog pun cuti sama.hehehe.
anyway entri kali ni khas untuk contest 'My Water Moments'.hehe.harap2 nuffnang choose aku jadik pmenang oke..=)


:: My Water Moments::



nice huh? this picture was taken 2 years ago.aku n kawan2 sekelas join 1day trip to Pulau Redang. Honestly,Pulau Redang sangat cantik.Untuk pengetahuan sape yang tak tau,Pulau Redang terletak di Terengganu.


Info about Pulau Redang:

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Sumber: Wikipedia


Kitorang bertolak dari Jeti Merang. Perjalanan dalam 45minit..n bila sampai di Pulau Redang ni perkara yang wajib dicuba ialah SNOKELLING!!!

Well,memang itu tujuan utama kitorang pegi sana.Pengalaman tu PRICELESS...view kat situ memang cantik...


see???ikan di kiri kanan..hehe.memang boleh gila ok.suka gila.sampai tak nak balik kitorang.huhu. ikan - ikan ni lagi galak datang kat kita bila kita bawak roti or biskut..cuma tabur je kat atas air tu. confirm berebut - rebut die datang. aku siap kena gigit lagi kat tangan..tapi tak pe.yang penting best gila.hehhe.



gambar - gambar ni lecturer kitorang yang tolong snap. yela,kitorang dalam air,tak kan nak bawak kamera kot. that's why i'm joining this contest..harap - harap entri ni dapat memikat ati Nuffnang pastu diorang boleh bagi kat aku one of the cameras.hehehe...

Kenapa aku nak Sony TX5 tu?

Sebab,'kalau' aku ada Sony Tx5 tu aku boleh capture lagi banyak gambar n yang paling penting camera tu WATERPROFF.Cakap kat aku,sape yang tak suka??Confirm semua orang suka kan? Camera aku yang sekarang ni,boleh masuk dalam air..tapi lepas tu tamat la riwayat.hahaha.Sebab tu la aku nak sangat - sangat camera ni..Dengan camera ni gak aku boleh tangkap gambar dalam air.So,bila g Pulau Redang,boleh bawak kamera masuk dalam air n snap pic ikan - ikan yang comel comel comelllll tu...hehehe.Serius,ikan die semua comel okey...View dalam air pun sangat cantik..Pastu boleh publish kat blog..=)

Cantik kan? Cuba bayangkan macam mana view bila korang dive and snap pictures with Sony TX5?Wowww...superb!!


I want
Sony TX5!!!!

Tuesday, June 1, 2010

cuti.cuti.cuti

yeay!esok nak balik dah.eleh.lelebih pulak eksited.orang lain dah lama chow.housemate sume dah balik.ada yang dah smpai rumah,ada yg baru bertolak td(amy,bwk kete elok-elok).eh,lupa.ad lagi sorang yang tengah tido kat depan tv tuu.hahaha.tv tengok dia.

jap.jap.nanti sambung tulis lagi ye.nak kemas brg jap.kalo x abisla esok aku kena marah.siap hon-hon depan umah kang.hahaha.jgn marah boyfie.=p





Saturday, May 29, 2010

Reasons Why I Love You


:: I can be myself when I'm with you.



:: You fill up my senses, like the mountains in spring time.



:: You love me even with all my faults.



:: Even when I'm grumpy, you still like me.



:: We both know that together we can work out anything.


:: You never make fun of me, even when I look like a clown.


:: The softness of your voice is like satin on my soul.


:: You're so cuddlesome.


:: I love all the ways you give.


:: I just can't imagine being me without you.


:: You're my anchor in life's ocean and most of all, you're my best friend.


:: You're always on my mind. I just can't do without you.


::Just a touch...and I lose my heart all over again.


:: You've seen me at my worst and you still love me.


:: You're so magnetic...I just keep coming back to you.


:: Love is what you mean to me...and you mean everything.


:: Whenever I need it most you're there with your all-purpose hugs.


:: You excite me, delight me, ignite me.


:: You know all my secrets...and keep them.


*


*


*


*


*




:: I've had the time of my life and I owe it all to you.







Wednesday, May 26, 2010

saya tumpang bahagia =)


cuti sekolah dah dekat.time cuti sekolah ni la orang ramai berebut-rebut nak wat kenduri kawen.aku pun dah siap ngan jadual aku..ok,jgn salah paham.bukan aku kawen.tapi aku tengah susun jadual perjalanan aku cuti nnti.sebab ramai kawan- kawan yang kawen.aku pulak?jangan tanya..lama lagi.kalo ad orang sponsor macam program cari menantu tu bolehla.tapi xnak masuk pertandingan.nak hadiah je.wahahaha

ok,ni senarai kawan-kawan yang kawin.(eh,aku pulak yang seronok lelebih)

orang pertama yang bertuah..






nurul hasnah @ wana

kitorang kawan since tadika lagi till now.cuba kira berape tahun kalo korang pandai.dulu kecik-kecik sesama main baling selipar,galah panjang,mancing,cari ikan dalam parit,raya naik beskal sampai x ingat dunia..mane boleh lupa beb..walaupon time skolah dulu ada gaduh-gaduh.ala biasala time skolah rendah.mesti ada geng kan.ko ikut geng ko,aku ada geng aku.cess,cam hape jek.wahahha.siap tulis-tulis surat.gaduh besambung sampai ke skolah petang(time petang kitorang g skolah agama)kalo ingat balik malu gak rase.tapi lepas skolah rendah,kitorang masuk skolah menengah lain-lain.tapi still lagi kontek.dulu rumah dekat-dekat.time cuti je mulala aku mnyemak datang umah die.besembang atas tangga...tapi,tu dulu.sekarang dah x boleh.nak kawen dah die ni..tapi sampai sekarang aku xtau sape future husband die.giler bijak la budak ni simpan rahsia.huhu..tau-tau je nak kawen.so,aku kena gak g kenduri kawen die. nak tengok husband die.(eh,pehal ko sibuk2 nak tgk laki orang nih?) hehehe

ok,ni orang kedua pulak..

tak payah tepek gambar la ye.aku sure ramai yang kenal.Ika Radiusite.see?konfem ramai yang kenal.korang google je Radiusite.konfem belambak gambar die.sebab die wat bisnes online sekarang n sangat2 berjaya.kitorang x rapat sangat time sekolah dulu.tapi kenalla..aku rasa aku x pegi kenduri die ni.xsempat.kirim salam kat kawan-kawan je la.die ni kawen ngan kawan sekolah kitorng dulu gak.Iskandar.tak sangka aku...hahaha.i,m happy too=)

ok,last skali...



husna radzi

ni member aku time sekolah menengah dulu.sorila na,aku amik pic tunang ko dari fb ko.jangan marah ek.hehehe.yang sebelah tu,tunang die.tunang die tu anak cikgu kitoang time sekolah menengah dulu..heehe.dari cikgu jadik ibu mertuaku.=)
padan kan diorang nih.suka tengok.konfem anak korang comel-comel nanti.die ni bakal cikgu..future husband die pon cikgu.sesuaila korang.moga-moga bahagia hingga akhir hayat..=)

aku doakan korang semua bahagia hingga akhir hayat.harap-harap lpas ni aku pulak.hahaha

Tuesday, May 25, 2010

read this

tadi saje jenguk-jenguk blog org lain.biasala,dah abis exam kan.masa kena guna ngan sepenuhnya.haha.but then, terjumpa ni....



from:syazanafickry (thanks sis.sori xtau nak link cane)

info ni pasal sanggul tinggi.sekarang ni ramai yang buat or pakai yang palsu bila pakai tudung syria,shawl etc.from syazana's blog yang aku baca,benda ni hukumnya haram..

read this...


“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”-

hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223
Another hadith (!)

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta ... yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini
Hadith riwayat Muslim. Hadith no 212
Please spread this message to everyone,anyone.
(thanks to syazana again)






Tuesday, May 11, 2010

study week

mode:study

*


*

*

*

*

study?
ye la tu wani!
study la sangat.asyik tgk tv pastu layan facebook.bila nak study?bila dah tgk orang lain study b'mati - matian baru ko nak study kan.tau dahhhhh

konon nak study.boleh blah!

okey.mintak maap.yang kat atas tu,proses memotivasikan diri sendiri bila hampir ngan exam nih.fyi,18hb ni aku dah start exam.wish me luck hokeyy.tapi aku satu benda po x baca lagi.study week berlalu dengan lancarnye.huhu.lagi banyak tido dari study.sape-sape tolong motivate i bole x?

plis,plis



Sunday, May 2, 2010

mampukah aku?

mulai sekarang aku kena mula bfikir dgn serius.

mampu ke aku?

kena fikir betul-betul

habis-habis

masak-masak

kalo tak boleh macam mane?

dulu rasa macam senang,tapi sekarang ni aku rasa macam 50-50

macam takut la nak melangkah tahun 2011

macam-macam perancangan.takut tak boleh nak buat

*takut.susah hati.sedih.serabut.berbelahbahagi*


Saturday, May 1, 2010

its over

pejam celik,pejam celik.dah 3 bulan aku praktikum.n hari kamis lepas adalah last day aku kat Sekolah Kompleks Gong Badak.selama 3 blan tu gak aku jarang2 update(ko ingat ad org nak baca ke belog ko).

firstly,
trima kasih kepada sume warga SKKGB.dari pihak pengurusan to akak2 n abg2 kantin+pekerja swasta.dan juga pada sume murid.thanks gak utk jamuan2 yg diadakan.wahh,kenyang perut.xmau citer panjang2,nnt nangis.wahaha.sudah-sudahla nangis kamis ari tu.jatuh saham.hahaha

esok:ahad.cuti.yess.so xyah la g kelas lagi.isnin nnt baru g klas.malasnye rase..timetable pon dah lupa.haha.mane buku2 nota sume aku campak pn xtau.esok kena geledah balik.kena siap sedia.mental n fizikal.tp yg best pkul 1suku dah balik.lpas tu tido sampai petang..weeee.tapi bsiap sedialah wani.untuk exam yg satubendaponk0xbaca lagi.padannnnn

saye rindu suasana sekolah.rindu nak tpekik suruh student diam,rindu nak makan roti john budak2 kat kantin sekolah


Friday, April 2, 2010

4 years.and still counting

alhamdulillah.

we have been together for 4 years.

kitorang mula2 kenal masa masuk belajar. dari dating dulu-dulu jalan kaki. and sekarang dah boleh naik kereta. banyak sangat memori. gaduh pon banyak jugak.hahaha..but lately,sangat-sangatlah jarang begaduh.what 4?buat penat kan??gaduh-gaduh,nangis-nangis..pastu nak pujuk-pujuk lagi..buat pening kepala kan.umur makin meningkat ni,dah pandai la nak pikir man yang bagus n mana yang tak.


tahun ni,celebrate pon biasa-biasa.(bukan sebab dah bosan ok).aku teman die g main tenis,(siap tido 2 round.hahah).balik g makan,bagi hadiah n then balik tido.who cares kalau orang cakap kitorang x romantik.peduli ape..aku ngan dia selesa macam tu.why not kan?

and i hope for the next years,kami masih lagi macam ni.and maybe sedikit progress.mungkin.doa-doaknlah ye.

haih.entry kali ni macam skema sangat.

Thursday, March 4, 2010

abg saye mau kawen.yeay!

congrats 2 my brother,rudi foe his wedding dis weekend..tp aku xbole balik.huwaaaaa....
haihhhh...nway,tahniah foe abg dd n kak siti.im happy foe u..=)






tetibe rase sedih la pulak.....

;'''(

abg aku ni,dah 33thn...abg paling sulung n paling senyap/pendiam antara ktorg sume..n sgt2 bcita2 tinggi..b'usaha sungguh2 utk dpatkan ape die nak..n alhamdulillah skrang ni die bjaye.im happy foe u bro..walaupon ktorng xrpat sgt time kecik2.aku ngan die beza 12 thn oke...aku lahir je die dah masuk skolah menengah...so,aku membesar tanpe die di rumah.(sbb die g boarding school)

n bla die dah bes blaja n keje,xpnah lupakan kitorg walaupon masa die memula keje gaji xbnyak.die la yg jaga aku time parent aku g haji n umrah..(adik bradik len pon jage ye,sayekan adik kesayangan)hehe..wlaupon xbyk ckp,pendiam die ttp amik brat ttg ktorng..waaaa...sedih...lpas ni die dah ad tnggungjawab len selain ktorg...



dedicated 4 u: rudi hakimi

There's no other love like the love for a brother.

There's no other love like the love from a brother.

waaaaaa

mau nanges sekejap
(sbb xdpt balik)





Friday, February 26, 2010

cerita basi

ok.aku tau
ni cite dah basi
tp nak post gak

dear,
tq ye

tq byk2
sbb memahami kegilaan saye thdap wifi
hahahaha

tq sbb sgt bmurah hati
weheeeeeee







Sunday, February 14, 2010



gong xi fa chai

selamat tahun baru cina ye kpd semua.fyi,walaupon cuti lama,but aku xblik..hoh?xblk?yes...
sgt kesian kan..mak ckp,xyah balik..dduk je kat tganu 2,nnt bulan 3 nak blik lagi.huwaaaa...ddk kat cni,beguling guling dpn tv,mkn nasik lauk sadin,tgk tv lagi n tidooo..kalo kat umah msti bole mkn sedap2 kan...isk..isk..isk..
nasib baik connection internet agak bagus.kalo x,lagi la mati kutu.hoho..;)

nasib baik smlm,kak salwa aka aku punye guru pembimbing ajak lunch kat uma die.ohhhhh,sgt best.aku siap tambah dua kali.huhuhu.gile la.bper kilo la berat aku skrang..ktorng lepak kat umah die sampai pkul 6..dari pkul 2 tu.huhuhu.umah die byk kucing..gomol2 kucing 2 baru balik.huhu..mlm td,pkul 11 dah out.yela,kenyang perut suka hati..=p

cuti sikit punye lama.tp pemalas gile nak wat keje..kang ari selasa baru thegeh hegeh nak wat keje.mula la mata lebam2 nak g sekolah sbb xckup tidao.mula menguapsampaitakbolehkira kat sekolah..

ape jd pon,mlm ni kena gak wat keje.eh,mlm ni citer pe best ye?






Thursday, February 11, 2010

hot!hot!!



eh.eh..
cuba tengok lokasi pengunjung aku.huhu.

india?
united states?

haha.xsangka..time kasihla sape2 yg kat india n us 2 yg t'klik kat blog nih.
xsangke beb..
huhu.
tq2.
negara2 len xde ke yg nak klik?

bangladesh...
indon.....
jerman......

hahahahahaha (masih dlm emosi xpcaya) =p

=)