Rancak betul budak - budak ni main mercun. Aku rasa budak. Tapi tak tau la kalau mak bapak diorg pon join sekali. Buat aku tkejut je. Bila bunyik tu rase nak melompat. Adehh,nasib baik makcik takde sakit jantung ye adik - adik sekalian. Haihhh. Dahla housemates tak balik lagi. Pergi shopping raya la tu. Huhu. Takpela,setahun sekali. Kalo raya tiap - tiap bulan,rabak poket. Hehe.
Tapi sekarang ni aku tak de feling sangat nak beli baju raya. Kat umah ada lagi 2 helai baju tak pakai. Pakai yang tu je lah raya ni. Cuma sekarang ni tengah terbayang - bayang nak beli baju apa untuk dinner nanti. Lepas raya nanti batch aku ada buat annual dinner. Tema hitam merah. So, harus pakai cantik - cantik ye. 5 tahun sekali beb. Kenangan tu. Lagi satu tema di elegance & glamour. Ape benda tu. Pening makcik. Kang tersilap dress code padan muka aku. Ada suggestion tak? Nak sewa macam tak berbaloi la. Boleh pakai sekali je. Kalau boleh nak beli baju yang boleh pakai lagi lepas ni. Lepas dinner simpan,pastu pakai raya tahun depan pulak. Haha. Save bajet..;)))))
Ohh. Aku ada jumpa sorang nih. Jumpa kat fb. Aku rase die shoe designer. Kasut die,pehhhhh..Tak bkelip aku tengok. Kalau nak tengok, try carik ChristyNg.com kat fb.
Ada tak sape - sape boleh suggest baju ape aku nak pakai nanti? Tapi kalau sponsor pon boleeehhhhhhh. Hahaha
Hari tu tengok baju kat hajaba. Sepasang rm400. Hohhh??Boleh pengsan makcik macam nih.
waninurul.blogspot.com
No comments:
Post a Comment