Assalamualaikum.
Dah lama sangat rasanya tak update blog. Malas. Selalunya cuma baca update kawan - kawan. Nak update blog sendiri jauh sekali. Dah masuk tahun baru, azam pun kena baru ke? Tapi saya tak ada azam baru. Macam mana? Yang ada cuma impian yang sekian lama belum tercapai. Tak pernah ada azam-azam ni. Hehe.
Tahun ini masih mengajar di sekolah yang sama. Baru setahun tak kan nak mintak pindah kot? Kalau nak kawin tu nanti lainla. Hehe. Masih lagi guru kelas. Masih tetap mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual. Dan tambahan untuk tahun ini kena mengajar Muzik. Huahuahua. Kalau suara cikgu ni sedap takpela. Nasib la anak - anak. Yang lain tahun ni cuma kelas yang saya ajar. Tahun lepas dapat mengajar kelas pertama dan kedua. Tahun ni dapat mengajar kelas terakhir dan kedua terakhir. Harap - harap peluang mengajar kelas - kelas ni dapat dimanfaatkan. Bukan menjatuhkan lagi semangat sebab dapat mengajar kelas belakang. Tak perlu nak bising - bising bebanan kerja yang diterima. Semua orang sama. Buat kerja masing - masing, aman hidup. Hihi. So, keseluruhan masa mengajar yang saya dapat tahun ni 30 masa. Pheww..Eh, lagi satu. Saya kena jadi ketua panitia. Wawawaaa. Ish,tadi kata taknak merungut? Hahaha. Dapat juga tugas mengajar kelas tambahan untuk murid tahun 5. Tapi nama saya tak ada. Sebagai pengganti je. In case kalau ada cikgu yang tak dapat datang, kena ganti. Kelas berbayar, satu hari RM80. Boleh tahan mahal untuk sekolah macam saya. Tapi dah ada cikgu yang nak minta saya ganti die. Dia ada komitmen lain. Isteri jauh,hujung minggu kena balik kampung jumpa isteri. Tengokla macam mana,kalau ada rezeki dapatla ganti kelas cikgu tu. Oh ya, saya pun kena pegang jawatan Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Benda ni melibatkan tahun 1 dan 2 je. Sebab baru mula kurikulum yang baru. Dan saya agak blurrrr. Benda ni baru, banyak benda nak kena faham, kena beri inhouse untuk guru - guru lain, kena kejar dateline nak masuk kan prestasi murid, kena masukkan evidence untuk setiap band. Kena juga lengkapkan fail PBS untuk sekolah. Fail LINUS pun sama. Sebab saya mengajar kelas belakang, ada beberapa orang murid yang masih dalam kategori LINUS. Tapi saya cuma bahagian Literasi. Numerasi cikgu lain. Banyak juga tugas tahun ni. Cikgu dan kawan - kawan lain pun sama. Lagi - lagi dah kurikulum baru ni. Banyak benda yang nak kena di dokumentasikan. Harap - harap saya dapat bertahan untuk 36 tahun akan datang (sebab saya dah tandatangan untuk umur 60! Huhu) Amin!
Terfikir nak pergi holiday pula tiba - tiba. Bali sounds nice. Hehe!
waninurul.blogspot.com
Sunday, January 29, 2012
Thursday, December 8, 2011
Short Trip - Melaka
Assalamualaikum. Hai. Fuhh. Cuti sekolah dah lama. Tapi bila cuti dah nak abis baru la tekedek - kedek nak update blog. Ramai kawan - kawan yang kawin ngan tunang cuti ni. Mana yang sempat, aku cuba pegi. Yang tak tu, bukan tak nak pegi. Cuma masa tak mengizinkan. Aku doakan korang semua bahagia sampai akhir hayat.
Act,entry hari ni takde kena mengena ngan cuti sekolah pun. Agak basi sudah cerita ni. Haha. Sebelum cuti sekolah hari tu sempat pergi short trip ke Melaka. Sekejap je. Pegi pagi, balik malam. Ala,dekat je pun kan? Sebenarnya abang aku ajak pegi sekali. Sebab Ayu kena buat assignment amik gambar binatang. Haha, Takpe,at least aku boleh menyibuk g makan angin. Hehe. Kitorang gerak dalam pukul 8. Pegi amik Ayu dulu kat Shah Alam and then baru gerak. Aku jadik bos. Malas drive. Bagi kunci kat abang,and aku boleh tido. Wahaha.
Kitorang sampai dalam pukul 11 lebih. Elok je sampai, Afiq pun sampai. Memang dah janji ngan dia sebelum tu. Jadi, berdating lah kami di zoo sementara orang lain buat assignment. Haha. Zoo Melaka time weekend memang super pack. Siap ada orang buat family day kat zoo. Apekah? Haha.

Orang tengah buat assignment. Aku ngan Afiq tukang sibuk.
Nama burung? Takut tak? Haha
Masa lunch ternampak bunting ni. Teringat si Mira. Hehe
Asam pedas,otak - otak. Yummeh
Lepas puas duduk dalam zoo kitorang pegi Jusco. Memang dah mati kutu nak buat ape. Last - last pegi tengok Real Steel. Haha. Bukan main lagi. Macam la kat KL takde panggung wayang.
Lepas tengok Real Steel, Afiq bawak kitorang pegi makan roti canai terbang. Terbang??? Wohoo. Jakun sekejap tengok brader tu tebar roti canai. Siap terbang tuuu. Siap order oren bodo. Ala,air oren macam masa kecik - kecik dulu. Cool! Haha.
Dah nama roti canai terbang kan? Korang tonggeng je la laptop tu. Malas nak rotate.
It was a great weekend. And I ate like a king. Menangis balik tu tengok weight scale. wawawa
Bye!
Sunday, November 20, 2011
Yeop & Fash Junior
Assalamualaikum. Hai. Lama tak membebel kat sini. Post ni dedicated untuk si comel Medina. Siapa Medina? Ingat tak post ni Wedding Fash & Yeop ? They already became mummy and daddy now! Cepatnya masa berlalu. Hihi. Sebelum kitorang pegi jumpa baby Medina semalam sempat singgah Sogo dulu. Sementara tunggu diorang sampai umah dari hospital. Sempatla shopping pink Nike shoes untuk Medina. Hihi. Ntah bila Medina boleh pakai. Mesti comel. Tak sabar nak tengok. Eh,lupa pulak. Presenting baby Medina.......
waninurul.blogspot.com
Medina Sofea binti Mohd Syazwan
Comel kan? Rase nak picit-picit je die. Hehe. Semalam kitorang datang die dok tido je. Manja die ni. Nak tido atas riba je. Huhu. Dahla katil baby comel sangat. Nasib baik tak angkut bawak balik. Hahaha. Lama jugak pegi umah Yeop & Fash. Sempatla tengok bola semalam kat sana. Dalam pukul 5 tu kitorang gerak balik. Masa nak balik baru la si kecik ni nak bukak mata. Oh myyyyy,comel okeh. Mata hitam die besar. Sebijik macam Fash. Lepas ni nak ajak Afiq g tengok Medina lagi. Hehe.Bye!
Friday, November 4, 2011
Berminat?
Assalamualaikum.
Just short entry. One of my friends tengah cari cikgu - cikgu yang berminat nak jadi urusetia lodging dlm Pertandingan Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan di Tasik Titiwangsa KL dr 21- 24/11. Diorang akan sediakan sijil, hotel and claim also. Cikgu saja ye. Tak kisah sekolah rendah atau menengah. Aku nak join. Tapi minggu tu kena pegi sekolah dari hari Isnin sampai Jumaat. So,tak dapek la. Huhu. Kena settle kan kerja kerja yang tertangguh. Sape kata jadi cikgu senang? Sape kate cikgu banyakkkkkk cuti? Eh, teremosional pulak. Maap. Anyway,kalau bermintat drop comment okey. Member aku tengah cari 10 ke 15 orang. Tq!
*bermintat = berminat. Typo.Duhh

Thursday, November 3, 2011
Konvokesyen IPGM 2011
Assalamualaikum. Hari tu ada janji nak post pasal konvo aku. Nak dekat setahun konvo baru nak cerita. FYI, aku graduan dari IPGM or as known as Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sebab tu la aku jadik cikgu. Abis tu nak jadi ape? Doktor? Hamboih,bukan kemain cita-cita kau. Haha. Ada jugak orang yang aku jumpa tak tau ape tu IPGM. Bila cakap maktab baru tau. Maktab ni dah tukar nama adala dalam dua tahun. And aku antara batch terawal yang terima degree yg maktab keluarkan. Before ni maktab hanya ada kos untuk diploma kalau tak silap aku. Aku belajar kat Ipg ni 5 tahun setengah. Yes,5 tahun setengah. 11 semester. Bayangkan,dari lepas SPM sampai umur aku 23 baru habis. Tapi macam sekejap je. Tetiba dah abis, dah grad, dah kerja, dah kawin. Eh,kawin belum. Haha. Sebelum tu amaran, post ni banyak gambar. Kalau taknak tengok silakan tekan butang close. Sebelum korang muntah tengok gambar aku,haha.
Masa ni kitorang baru sampai. Bawak satu kereta je. Sebab tak ramai yang ikut. Abang sulung ngan kakak ipar aku datang lambat sikit. Oh,lupa nak bagitau. Konvo aku ni kat PICC Putrajaya.
Kakak aku beria suruh pakai pin kat belakang. Dia cakap jubah konvo aku besar. Ke memang aku yang besar? Haha. Pedulik la. Baju pun aku pinjam dia punya. Haha. Afiq penunggu setia ari tu. Tukang bawak beg aku n kamera. Redha je dia. Haha. Sebab esok tu aku pulak kena jadik penunggu untuk dia.
Bunga pertama yang aku dapat. Ima ngan Apih yang bagi. Sangat terharu. Sebab diorang datang masa petang tu. Diorang sidang esoknya dengan Afiq. Siap bagi bunga lagi kat aku. Afiq? Die tak bagi bunga. Aku taknak. Aku mintak kasut hari sebelum tu. Sebab aku takde kasut konvo. Haha.
Masa ni aku risau sangat yang topi tu akan jatuh masa nak amik scroll nanti. Punyalah banyak jarum peniti aku bawak. Orang lain sibuk bergambar, aku sibuk cucuk-cucuk pin atas kepala. Takut woo. Dahla seumur hidup sekali nak amik ni. Kalau jatuh, mau tak malu? Haha.
Lepas semua orang siap beratur kat luar, kitorang start masuk dewan. Masa ni ada kumpulan gendang,gamelan segala macam la yg dok main muzik. Rasa macam raja dulu-dulu pulak. Lempang kangg. Haha. Masa masuk tu rasa bangga tosah cakapla. Macam semua orang pandang aku masa perbarisan masuk tu. Tapi tak. Takpe,kasi can aku feeling-feeling. Masa kat dalam ni mak ngan abah aku je yang masuk. Yang lain tunggu kat luar. Lepas abis tunduk-tunduk amik scroll semua,kitorang keluar. Topi aku tak jatuh. Yeay!!
Bila keluar, hambikkk kau. Manusia macam semut. Semua dok pegang bunga. Tak nampak orang dah. Yang paling best masa tu, aku tak bawah hp langsung. Demm. Bagusla sangat aku bagi semua barang aku kat Afiq. Gelabah gila masa tu. Macam kanak-kanak hilang dalam supermarket. Haha. Aku jalan-jalan tetiba ada orang panggil nama aku. Afiq rupanye. Legaaa. Sebenarnye family aku semua dah tunggu kat photobooth. Afiq siap tolong bariskan untuk aku supaya aku dapat turn paling awal. Hihi. Sebelum masuk dewan tu aku dah survey pekej yang ada kat luar dewan tu. Mula- mula ingat nak amik gambar area Sedang. Kat situ banyak gak. Tapi macam leceh pulak nak angkut semua kaum kerabat pegi sana. Las-last amik pekej kat PICC tu je. Taklah murah sangat,tapi berbaloila. Aku dapat 2 gambar family yg besar,gambar aku sorang (harus) yang besar 1 and gambar saiz kecik-kecik. Ada dalam 7 keping rasanya semua tu. RM100++ rasenye. Aku tak amik yang ada frame. Mahal. Ada jugak member yang komplen gambar konvo diorang tak cantik. Tapi aku punya cantik. So,tak menyesal la amik pekej kat situ.
Ni gambar lepas kitorang shoot kat photobooth. Muka aku minyak gila. Buruk weh. Lepas je shoot ni, aku ingat nak balik la. Pastu tetiba family aku cakap 'Pegila tangkap gambar ngan kawan - kawan dulu,kitorang tunggu' Oh yes. Thank you mak. Dan mangsa tukang tangkap gambar aku adalah Afiq dan abang aku. Dah macam artis rasa. Masing - masing pegang camera besar,aku pose sukati. Haha. Nasib korang.
Kan? Aku dah cakap. Banyak gila gambar. Korang tak percaya. Dahla. Penat upload gambar. Kang meletup pulak laptop nih. Aku lapar ni. Nak carik ape ada kat dapur yang boleh dimakan. Haha. Bye!
Tuesday, September 27, 2011
Rindu
Assalamualaikum.
Hai semua. Lama tak update blog. Rindu,tapi banyak lagi tanggungjawab yang perlu diutamakan. Banyak lagi tugasan yang nak diselesaikan.Act,dah berapa kali taip,pastu asyik tekan backspace je. Tak tau nak taip pasal ape sebenarnya. Huhhh. Ahad ni cukup 8 bulan aku pegang tittle sebagai penjawat awam ni. Belum cukup setahun lagi. Tapi yang aku pasti aku still mampu bekerja dengan waras dan happy :). Harap-harap perasaan ni masih sama untuk 30 tahun lagi. Its a long way to go babeh. Jauh lagi perjalanan yang nak ditempuh.
Bila dah bekerjaya ni,rasa rindu pulak dengan student life dulu. Lumrah manusia. Tak penah puas kan. Dulu masa belajar,asyik pikir bila nak habis. Tak sabar nak kerja. Tapi bila kerja teringat-ingat masa belajar. Masa tu tak payah nak pikir masalah banyak-banyak sangat. Cuma pikir pasal bila assignment nak submit. hihi. Tapi bila dah kerja ni,banyak sangat benda yang nak difikirkan. Tak ada lagi kawan-kawan baik yang menyokong masa susah masa senang, Kawan memang ramai sekarang,cuma tak sama masa belajar dulu.Rindunya waktu belajar. Rindu kawan,lecturer,rumah sewa,pakwe.eh bukan. Tu dah keluar tajuk. Haha.Ok lah. Banyak tanggungjawab yang menunggu untuk diselesaikan ni. Jumpa lagi!

Tuesday, August 9, 2011
Rezeki Ada Di Mana Mana
Assalamualaikum.
Hai semua. Dah 9 hari kita puasa kan. Sekejap je masa berlalu. Dah seminggu lebih kita puasa. Setakat ni masih cukup lagi 9 hari. Hihi.
Takde pape yang nak dibebelkan sebenarnya. Cuma terfikir,besarnya nikmat bulan ramadhan ni. Banyak sangat rezeki yang Allah berikan. Syukur. Mula-mula dengan pengesahan perlantikan bulan lepas. Masa aku dapat surat tu,ada beberapa hari je lagi nak masuk bulan puasa. Happy sampai nak melompat. Bila dah dapat surat tu meaning kerani dah boleh settlekan urusan gaji & kursus induksi aku. InsyaAllah bln 9 or 10 ni boleh la dapat elaun-elaun yang tertunggak tu. *Happy*. Dah boleh start menyimpan banyak sikit. Kalau tak,bulan-bulan dapat saving sikit je. Kadang-kadang macam tak puas hati dengan cara aku bahagikan duit sendiri. Tak pandai nak bahagikan duit ikut keperluan T_T. Huhu.
Second,bisnes yang aku buat untuk seronok-seronok je. Takdela besar mana. Nama pun seronok-seronok je kan. Tapi ada gak sambutan. Maybe boleh teruskan lagi. Hihi.
Third,pasal Afiq. Alhamdulillah,apa yang dia harapkan selama ni tercapai. Tahniah sayang. I'm proud of you. Meaning,he need to work harder. Bukan senang nak bahagikan masa nanti. Tapi aku akan sokong die 110%. Of course! Bukan semua orang mampu nak korbankan masa macam tu. Aku pun ada cita-cita ke arah tu. But next year maybe. Tahun ni aku tak mampu lagi. Tak cukup tenaga nak buat semua dalam satu masa. Harap-harap ada rezeki aku tahun depan. *Praying harder*
And seterusnya,pasal bonus untuk raya tahun ni. Semalam PM ada umumkan yang gov servant akan dapat bonus untuk raya tahun ni. Alhamdulillah. Harap-harap kami yang baru bekerja ni dapat la jugak. At least boleh bagi duit raya kat mak & abah nanti. :))
Oklah. Dah masuk waktu Subuh ni. Jom sembahyang!
Subscribe to:
Posts (Atom)