Tuesday, August 9, 2011

Rezeki Ada Di Mana Mana

Assalamualaikum.

Hai semua. Dah 9 hari kita puasa kan. Sekejap je masa berlalu. Dah seminggu lebih kita puasa. Setakat ni masih cukup lagi 9 hari. Hihi.

Takde pape yang nak dibebelkan sebenarnya. Cuma terfikir,besarnya nikmat bulan ramadhan ni. Banyak sangat rezeki yang Allah berikan. Syukur. Mula-mula dengan pengesahan perlantikan bulan lepas. Masa aku dapat surat tu,ada beberapa hari je lagi nak masuk bulan puasa. Happy sampai nak melompat. Bila dah dapat surat tu meaning kerani dah boleh settlekan urusan gaji & kursus induksi aku. InsyaAllah bln 9 or 10 ni boleh la dapat elaun-elaun yang tertunggak tu. *Happy*. Dah boleh start menyimpan banyak sikit. Kalau tak,bulan-bulan dapat saving sikit je. Kadang-kadang macam tak puas hati dengan cara aku bahagikan duit sendiri. Tak pandai nak bahagikan duit ikut keperluan T_T. Huhu.

Second,bisnes yang aku buat untuk seronok-seronok je. Takdela besar mana. Nama pun seronok-seronok je kan. Tapi ada gak sambutan. Maybe boleh teruskan lagi. Hihi.

Third,pasal Afiq. Alhamdulillah,apa yang dia harapkan selama ni tercapai. Tahniah sayang. I'm proud of you. Meaning,he need to work harder. Bukan senang nak bahagikan masa nanti. Tapi aku akan sokong die 110%. Of course! Bukan semua orang mampu nak korbankan masa macam tu. Aku pun ada cita-cita ke arah tu. But next year maybe. Tahun ni aku tak mampu lagi. Tak cukup tenaga nak buat semua dalam satu masa. Harap-harap ada rezeki aku tahun depan. *Praying harder*

And seterusnya,pasal bonus untuk raya tahun ni. Semalam PM ada umumkan yang gov servant akan dapat bonus untuk raya tahun ni. Alhamdulillah. Harap-harap kami yang baru bekerja ni dapat la jugak. At least boleh bagi duit raya kat mak & abah nanti. :))

Oklah. Dah masuk waktu Subuh ni. Jom sembahyang!

waninurul.blogspot.com

Saturday, July 23, 2011

Malaysia vs Chelsea.


Hai semua. Kali ini mari review game Malaysia vs Chelsea ari tu. Err,sejak bila aku minat bola ni?Haha. Afiq dah beli tiket,so layan je la. Act,tiket yang Afiq beli tu include skali ngan pass untuk training session die. Tapi,kitorang tak pegi. Komitmen pada kerja. cewahh. Hehe. Kitorang pegi tu naik lrt je. Malas nak bawak kereta. Mampuih nak carik parking kang. Pegi lrt tu pun dah azab. Mak aihh.Ramai gila orang.


Muka bangga penyokong Harimau Malaya nih.

Aku siap pakai baju Malaysia tu. Semangat gila. Biasa la,orang first time tengok bola kat stadium. Semangat mesti lebih. Hahaha. Cuma yang tak semangat bila tengok aku dalam gambar. Apehal gemok sangat ni??Carik gaduh betul la. Eii

Sampai je stadium tu dah maghrib. So,aku pegi semayang dulu. Cari punya carik surau baru jumpa. Tanya sana sini,semua orang jawab, 'Sana dik,sanaaa..' Hadoi. At last jumpa gak. Cuma satu je yang macam tak best. Surau takde telekung. Aku pun pandai,telekung tak bawak. Nasib baik ada akak ni bawak telekung sendiri. Aku pun dengan malu-malu kucing mintak izin die nak pinjam. Ramai gak yang pinjam telekung dia. Banyak pahala dia ari tu. Kat surau tu aku siap berkenalan ngan sorang budak pompuan ni. Ape eh nama dia..Haa,Karlisa. Sedap kan?Macam nama dalam novel kan?Hihi. Rupa-rupanya dia duduk sebelah aku je dalam stadium. What a small world :) Dia pakai baju Chelsea,tapi sepanjang game aku nengok dia lagi excited sokong Malaysia. Bagusla,sape lagi nak sokong negara kita kalau bukan kita kan?Hehe.


Kami bangga menjadi Anak Malaysia. :)

Overall game hari tu okey la. Thumbs up for Harimau Malaya. Sebab pertahanan sangat superb. Kalau tak,takkan end up dengan 1-0 je kan?hehe. Pergi tengok bola ni la baru aku kenal player-player Chelsea.

Err, Lampard kan? Correct me if I'm wrong.

Drogba rite? Rasa macam kecik sangat player kita bila berdiri sebelah dia. Bukan main besar lagi. Rilek je die tackle bola. Geram pun ada. Apesal ko lari laju sangat hah?hehehe

Masa ni stadium tak penuh lagi. Game start dalam 8.45 pm


Time ni warm up session. Sape pun aku tak nampak.Haha. Tiket murah je. Mane nak tengok muka sorang-sorang. Huhu

Masa game. Ramai gila kan?


Amik gambar buat kenangan. Aku jumpa bendera ni bawah kerusi. Hehe.

Kitorang tunggu sampai game habis. Tapi ramai gak yang balik awal lepas Chelsea dapat gol. Aku pun dua tiga kali pikir masuk ke tak sebenarnya. Tapi reff kata masuk. So,bola dah lepas line la kan?Takpela. At least, Malaysia tak la bolos banyak. Satu jeee. Ada orang kata macam tak masuk.Tak tau la. Sape yang tengok,taula macam mana gol malam tu. Tapi takpe,Chelsea score pun aku tepuk gak. Semangat kesukanan kan?Hahaha.

Pada aku,best jugak tengok bola kat stadium ni. Lagi best dari tengok kat tv. So lepas ni aku nak tengok kat stadium je la. Boleh?abis duit gaji oii.Huhu. Eh,game Malaysia vs Singapore nak start jap lagi. Bye. Aku kan no 1 fan Harimau Malaya sekarang. Harusla duduk depan tv awal2.Huhu



waninurul.blogspot.com

Sunday, July 17, 2011

Ikan Bakar Alai




Assalamualaikum.

Happy weekend everyone. Cuti aku minggu ni cuma abiskan masa duduk rumah buat kerja. Tapi kan...Semalam masa tengah tengok tv,Afiq call. Dan 2 jam kemudian,aku dah berada di sini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haiyo. Aku tak tau macam mana aku boleh termakan pujuk rayu Afiq ajak g makan ikan bakar. Haha. Kalau setakat Sekinchan Ikan Bakar tu takde hal la. Kat Bandar Tun Razak ni ada. Tapi boleh pulak aku pegi sampai Melaka. Yes,Melaka. Sanggup tu pegi Melaka semalam. Tinggal kereta kat TBS,and then naik bas pegi Melaka dengan sehelai sepinggang. Haha. Jom,tengok apa yang kitorang makan semalam.

Pepahat masak halia - ikan 'tak ingat nama' bakar - ketam butter


sotong celup tepung. Slrupppppp. Lapar pulak. Hadoi


Lepas makan. Licinn. Sorila gambar sikit je. Aku teruja sangat nak makan. Tangkap gambar ala kadar je. Biasa la. Orang baru first time pegi. Ala-ala jakun aku semalam. Haha. Banyak lagi sebenarnya lauk yang Afiq ngan Yeop order. Tak sempat nak snap. Aku lapar gila. Tak makan dari tengah hari.

Sebelum balik KL,singgah rumah Afiq dulu. Sempat la minum teh secawan. Lepas tu aku ikut Yeop dengan Faz balik KL. Yela,kan datang sehelai sepinggang. Kena la balik malam tu gak. Hehe. Masuk je kete Yeop,terus lelap. Tak tau la kalau aku berdengkur ke. Hahaha. Tapi yang bagusnya Yeop ngan Faz ni, diorang caring sangat. Diorang follow kete aku sampai depan pintu pagar. Siap suruh aku masuk rumah dulu,baru diorang gelak balik Selayang. Thanks! :))

Pagi ni bangun tido teringat ikan bakar semalam. Haih,ni kena pegi Alai lagik ni. Meleleh air liur teringat makan semalam.

Afiq,belanja lagi boleh?hehe

waninurul.blogspot.com

Saturday, July 16, 2011

Apa Yang Saya Buat?



Okey murid-murid. Mari lihat apa yang saya sibukkan selama empat bulan ni.



Jadik juruukur Mid Valley

Tukang kira berapa orang yang beratur depan Machines nak beli iPad2


Tukang pilih makanan yang sedap-sedap kat Q Bistro


Sibuk pergi kawan kawin. Aku ntah bila.


Sibuk jumpa kawan-kawan lama. Gosip-gosip.



Sibuk main ngan budak kecik ni. Lagi sorang pemalu nak bergambar.


Tukang tangkap gambar / photog konvo Afiq


Sibuk dengan konvo sendiri. Pasni aku buat satu entry pasal konvo ari tu.


Pegi kursus guru baru a.k.a holidayyyy



Tukang ajar erobik masa 1M1S1M. Budak-budak ni tengah gelakkan aku ke ape @_@

Banyakkkkkk lagi sebenarnya aktiviti aku. Update sikit - sikit eh. Jangan tamak. Kang esok-esok dah takde benda pulak nak update. Haha.

waninurul.blogspot.com

Friday, July 15, 2011

Serius


Assalamualaikum.

Ok. Ini serius. Betul - betul punya. Takde main-main. Aku nak start balik blogging. Sape nak baca,silakan. Aku tulis apa yang aku rasa, apa yang aku suka. Kalau ada post yang lepas tak sempat korang baca aku dah delete sorry.

Ok. Dah abis serius.

Hahahaha.
Gila lama aku tak update. Al maklum,duit tak berapa banyak. Tak mampu nak pakai berukben. Mampu menumpang kedai-kedai yang ada wifi saje. Tapi kena gak melabur beli air secawan. Kalau tak konfem kena halau ngan tokey kedai makan.

Hidup masih macam dulu. Pergi sekolah,balik sekolah,buat kerja,tido, bangun tido n ulang balik rutin yang sama. Walaupun sama je rutin tiap-tiap hari,aku masih waras. Hehe. Masih lagi mampu pergi tengok wayang,window shopping,dating tiap-tiap minggu. Dah penat kerja,mesti bagi hadiah untuk diri sendiri kan? Itu cara aku reward diri sendiri. Kalau tak,sape lagi nak buat untuk diri kita. Masa bujang ni la gunakan masa yang ada dengan sepenuhnya. Buat apa yang ko rasa nak buat.

Aku dah tukar backgroud. Pink tu. Macam geliss pulak. Tapi cantik kan? (sambil kelip-kelip mata)

waninurul.blogspot.com

Tuesday, March 29, 2011

Cikgu Hazwani

Kali ni aku nak cerita pasal kerja. Alhamdulillah,aku dapat posting dekat Selangor gak. Walaupun tak dekat dengan umah,at least masih di semenanjung lagi. Mula- mula kerja,aku stay rumah akak aku. Taklah jauh sangat dengan tempat kerja aku kat Klang tu. Everyday lalu kesas. Minggu pertama ok lagi. Masuk minggu kedua aku dah rasa seksa. Seksa sebab ape? Sebab ada 6 tol pegi balik sekolah ke rumah. And tiap2 tol rm2.20. Minyak lagi. Adui. Tak boleh jadik. So,aku try cari rumah sewa area sekolah. Memang banyak rumah dekat-dekat situ. Cuma,family aku tak bagi aku duduk sorang - sorang. Bahaya. Finally, aku jumpa rumah sewa dekat sangat ngan sekolah. n ada housemate. Sewa?Rm90 je sebulan/seorang. Mane nak dapat beb..hehe.Bolehla tu. Nak dibandingkan duit minyak+tol yang kena aku bayar tiap - tiap ari,baik aku duduk umah sewa. Weekend je aku balik rumah akak. Jumpa anak - anak buah.

Pasal kerja pulak. so far,aku masih boleh terima tanggungjawab yang sekolah bagi. tak payah pikir banyak-banyak. bila dah diberi kerja,terima and buat. senang. senang untuk aku, senang jugak untuk sekolah. tak payah nak bergaduh bertolak-tolak kerja dengan orang lain.tak payah nak merungut-rungut. aku cikgu baru,so tak sepatutnya nak bising-bising. kenapa orang lain boleh buat,aku tak boleh?kan? For your information,aku dapat mengajar sesi petang. Rilek jugak mengajar petang ni. Sekejap je rasa dah pukul 6. Bila pulang,singgah econsave beli cool blog.Rutin harian..hehe.


nanti aku update lagi okey.

*perasan tak sekarang ni ayat aku agak skema?sebab saya Cikgu Hazwani kot.haha.


waninurul.blogspot.com

Setelah Lama Menyepi



Hai semua. Lama betul tak update blog. Busy sangat dengan kehidupan seharian sekarang ni. Banyak pengalaman baru yang nak diceritakan. Apa yang aku dapat simpulkan, i love my life now. Walaupun penat,aku masih boleh tersenyum.



waninurul.blogspot.com