Wednesday, June 12, 2013

Wedding Preparations :: Hantaran

Okey,hari ni cerita pasal hantaran pulak. Hantaran masa kawin ni semua buat sendiri. Tapi bukan aku buat,kakak ipar buat. Tangan memang menjadi kalau buat ape2. Kreatif. Bunga telur pun dia buatkan sekali. Masa tu tunang tempah kat kedai,not bad. Tapi mahal sangat. Macam tak berbaloi pulak spend 4, 5 ratus untuk deco hantaran je.

Barang - barang hantaran mostly beli kat Sogo time xmas sale. Memang dah target nak pegi masa xmas sale. Ada gak barang yang beli kat Pertama (kasut tenis husband) and KLCC (jam aku). Barang hantaran memang takde yang merepek2 sangat. Beli semua yang memang nak guna lepas tu. Brand pun yang biasa guna. 


Kat belakang tu la gambar yang print atas kanvas. Letak kat entrance dewan.


Ni hantaran dari pihak aku. Hantaran dari pihak husband takde gambar. Kena tunggu gambar dari OP dulu. Tema blue pink silver. Kenapa pilih kaler tu jangan tanya. Masa akak ipar bagi idea aku angguk je. Nasib ada orang nak buat,kalau harap aku memang tak jadi. Hahaa. Barang -barang hantaran tu lapik dengan bantal. Act,bawah tu ada dulang. Tapi masa nak gerak baru letak atas dulang. Bantal tu kawan sekampung kasi pinjam. Nasib ada dia. Dahla bagi pinjam bantal ni & bantal nikah pastu takyah bayar ape2. Rezeki sangat. Die siap bagi hadiah bunga pahar satu pasu. Wuwuwuwuu... Husband punya kasut hantaran sampai dua. Macam nak nangis cari kasut tenis tu. Nasibbbbb jumpa. Candy & chocs tu abang aku bagi. Rezeki lagi. Terima kasihhhhh. 


Bunga untuk hantaran ni dari crepe paper. Pastu akak ipar tambah manik2 sikit. Dia yang tolong susun2 kan semua. A day before majlis memang aku tak terpandang dah benda ni. Janji siap. Alhamdulillah,everything went well. 

Nanti sambung lagi pasal preps yang lain pulak yee

Tuesday, June 11, 2013

Wedding Preparations :: Pre Wedding Photoshoot

Update pasal shoot pre wedd la ye. Hehe. OP untuk shoot ni Ayu. Dapat harga yang berbaloi-baloi. Since kitorang nak gambar softcopy saje. Tak nak album semua. Main objective adalah nak guna gambar ni untuk bunting and banner. Bukan untuk kad ye. Aku bukan jenis tepek gambar sendiri kat kad kawin. Segan oii. Haha. 

Mula-mula plan nak shoot kat Pullman Putrajaya. Tapi bila sampai sana cuaca tak baik sangat. Macam nak hujan. So kitorang tangguh. Kali kedua,kitorang pilih kat Shah Alam. Taman ape tah nama tu. Pilih situ sebab ada back up plan. In case kalau hujan boleh buat indoor. Tak nak tangguh - tangguh lagi. Design banner n bunting dah nak kena hantar kat vendor. Buat sekali ngan kad. Vendor kat Melaka. Bolehla,not bad. Janji ada kad nak bagi kat orang. Ye tak? Hehe. 




Kitorang pilih gambar ketiga tu untuk bunting n banner. Design bunting n banner Ayu yang design. Pehh, memang tepat ambik dia. Semua dia tolong. Kalau ada masa nanti update design banner n bunting tu. Gambar ada kat husband. Gambar ketiga tu jugak kitorang print atas kanvas. Letak kat entrance dewan masa bersanding n bertandang. Tempah tru fb je. Last minit. Huhu. Kualiti not bad, servis die bagus. Sekejap je dah sampai. Dalam RM110 include postage. Bolehla untuk orang pemalas survey macam aku. Tutup mata,bayar. Done. 

Okey. Sambung nanti. Bye


I'm Back

Baru nak aktif blog semula. Sebenarnya dah taip panjang lebar, dan dah publish pun. Tapi sebab aku bengong terpadam entry tu. Terkial - kial aku nak publish. Ciss. 

Back to the story. After 7 years, we are finally married. Alhamdulillah. Tapi sehingga hari ini masih long distance relationship. Dapat jumpa weekend and hari - hari cuti je. Tapi banyak husband yang mengalah. Dia yang selalu balik umah kitorang kat Klang. And bila cuti panjang, baru aku balik Melaka. I owe u so much sayang. Husband pulak tak pernah lupa nak tanya aku bila nak balik Sabak Bernam. Dia kata kalau boleh tiap bulan balik sana jumpa mak ngan abah. 

Nak update pasal wedding. Tapi OP masa bersanding and bertandang tak bagi gambar lagi. Maybe next month. So buat sementara waktu ni update pasal wedding preps je dulu. Yang tu memang ada gambar dalam simpanan sendiri.

Kasi teaser dulu la. Kemain la kauuuuuu. Hahahaha


Sunday, September 16, 2012

Engagement Ring


Cincin. Aku memang tak tahu langsung pasal ni. Afiq cuma cakap die dah beli cincin untuk tunang. Kitorang takde keluar sama-sama pergi kedai emas untuk cari cincin ni. Saiz pun berdasarkan cincin risik. Die pinjam cincin risik, bawak balik untuk make sure saiz sama. Sebelum majlis ada jugak tanya die pasal cincin ni. Aku nak tengok. Mintak die send gambar. Tapi die tak nak. Suprise katenye. And memang betul. Suprised sangat. Masa sarungkan cincin tu baru aku dapat tengok betul2 cincin ni. And i love it so much!  Senyum lebar tengok cincin sendirik. Hehe. Cukupla dua cincin ni. Untuk akad nikah nanti rasanya tak bagi cincin kot. Dah decide nak bagi benda lain. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. 

<3 p="p">
waninurul.blogspot.com

Friday, September 14, 2012

Alhamdulillah. One step closer

Alhamdulillah. After 6 years we finally take one big step in our relationship. It was a tough one actually. And now we are officially ENGAGED. Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yg terlibat dan membantu sewaktu majlis. It was planned to be a very small occassion. Tapi macam termeriah la pulak. Hihi.Terima kasih buat mak n abah. I love you both!

Gambar masih belum dapat. Takde OP pun. Cuma mintak tlg abang yg ada skil sikit and bantuan kamera yg canggih. Itu je. Memang plan simple2 je. Dalam hp pun tak banyak gambar. Tak teringat pun nak amik gambar banyak-banyak. Yang ada pun dalam instagram. Sape yang follow tu boleh la tgk sikit2.

Kalau ada masa nanti kita update lagi ye. Babai!


waninurul.blogspot.com

Sunday, July 29, 2012

Long Silence

Assalamualaikum. Phewwww... Lama betul blog ni kena tinggal. Lama tak update. Quite busy these days. Banyak sangat kerja. Lots of things need to be done. Lagi - lagi dah nak raya ni. Thanks for friend which ask me to update this blog. Dia kata dah bersawang. You know who you are :-)

Banyak sangat berita yang nak dikongsikan. Tapi one by one. Cerita secara pukal agak mustahil. Mau sampai esok pagi menaip tak habis. HAHA.

1. Menjadi pengapit buat kali PERTAMA dalam hidup. Excited. Tapi bila mak cakap, kalau jadi pengapit sebelum kawin nanti kawin takde seri. Ok,tak kelakar. One is enough. Haha.

2. Dapat anak buah perempuan PERTAMA. Yeay! After 3 orang askar,sekarang i have someone to play makeup with. Haha. Nama? Layla Humaira :)

3. My bestfriend/housemate/classmate/prac partner, Ainul Husna dah deliver. Alhamdulillah. I'm happy for you Na. Hye baby H!

4. My bestfriends/roomate tersayang Amy getting engaged! Omg. Masih tak percaya. Tahniah sayang. Love you! (sorry tak dapat datang)

5. Kembali kepada perkara no 1. Kawan yang diapit itu telah pun pregnant. Double joy! Tahniah Yan. Momen ko menangis teresak - esak lepas nikah masih segar lagi, tetiba dengar berita dah pregnant. Gosh, bila turn aku ni.

6. Err, sambung esok - esok. Mungkin lagi dua bulan? HAHA. Bye!

waninurul.blogspot.com

Saturday, February 4, 2012

Ragam 1

Post 'Ragam' ni saya buat khas untuk anak - anak murid saya yang sangat - sangat adorable. Yang membuatkan saya tersenyum gembira setiap hari. Cikgu sayang kamu!


Suasana di dalam kelas Tahun 3.


Murid 1 : Cikgu, esok Hari 'Kismis' ye?
Saya      : Kismis? *sedikit pelik*
Murid 2 : Wei, bukan kismis la. Krismas!
Saya      : Oh! Krismas. Krismas lambat lagi. Bulan 12 nanti. Heheee. *(masa ni memang tak tahan nak gelak) Saya seorang yang agak serius dalam kelas. Tapi hari ni tak menjadi T____T Saya tergelak besar dengan anak - anak murid yang lain.*
Murid 1 : *Terpinga - pinga garu kepala.*


Tapi saya gembira. Walaupun mereka kelas yang terakhir, mereka masih ada sifat ingin tahu. Mereka datang dari latar belakang keluarga yang susah. Jadi mungkin Hari Krismas itu tak pernah wujud dalam kamus hidup mereka dan mereka tidak tahu apa itu Hari Krismas. Yang penting, sifat mereka itu membuatkan saya sakit perut. Huhu




waninurul.blogspot.com