Tuesday, August 9, 2011

Rezeki Ada Di Mana Mana

Assalamualaikum.

Hai semua. Dah 9 hari kita puasa kan. Sekejap je masa berlalu. Dah seminggu lebih kita puasa. Setakat ni masih cukup lagi 9 hari. Hihi.

Takde pape yang nak dibebelkan sebenarnya. Cuma terfikir,besarnya nikmat bulan ramadhan ni. Banyak sangat rezeki yang Allah berikan. Syukur. Mula-mula dengan pengesahan perlantikan bulan lepas. Masa aku dapat surat tu,ada beberapa hari je lagi nak masuk bulan puasa. Happy sampai nak melompat. Bila dah dapat surat tu meaning kerani dah boleh settlekan urusan gaji & kursus induksi aku. InsyaAllah bln 9 or 10 ni boleh la dapat elaun-elaun yang tertunggak tu. *Happy*. Dah boleh start menyimpan banyak sikit. Kalau tak,bulan-bulan dapat saving sikit je. Kadang-kadang macam tak puas hati dengan cara aku bahagikan duit sendiri. Tak pandai nak bahagikan duit ikut keperluan T_T. Huhu.

Second,bisnes yang aku buat untuk seronok-seronok je. Takdela besar mana. Nama pun seronok-seronok je kan. Tapi ada gak sambutan. Maybe boleh teruskan lagi. Hihi.

Third,pasal Afiq. Alhamdulillah,apa yang dia harapkan selama ni tercapai. Tahniah sayang. I'm proud of you. Meaning,he need to work harder. Bukan senang nak bahagikan masa nanti. Tapi aku akan sokong die 110%. Of course! Bukan semua orang mampu nak korbankan masa macam tu. Aku pun ada cita-cita ke arah tu. But next year maybe. Tahun ni aku tak mampu lagi. Tak cukup tenaga nak buat semua dalam satu masa. Harap-harap ada rezeki aku tahun depan. *Praying harder*

And seterusnya,pasal bonus untuk raya tahun ni. Semalam PM ada umumkan yang gov servant akan dapat bonus untuk raya tahun ni. Alhamdulillah. Harap-harap kami yang baru bekerja ni dapat la jugak. At least boleh bagi duit raya kat mak & abah nanti. :))

Oklah. Dah masuk waktu Subuh ni. Jom sembahyang!

waninurul.blogspot.com