Friday, December 24, 2010

Cantik kah?

Assalamualaikum.

Hai semua. Saya sudah berada di kampung sekarang. :)) Semalam bertugas sebagai pembeli barang dapur. Pembeli barang dapur yang stylo. Or not. Haha. Kakak tersayang telah menjadi perunding imej saya. Mari kita tengok hasilnya.



Tadaa!!

Semua orang dah lama kan pakai style ni. Aku yang ketinggalan zaman. Huahaua. Rasa macam cantik pulak. Perasan. :D

Semalam sudah beli shawl baru. Hari ni nak kuar,boleh suruh kakak buat lagik. Hahaha.



Sapa ni. Buruknya. Hahaha.



waninurul.blogspot.com

Tuesday, December 21, 2010

Wedding Fash & Yeop

Assalamualaikum.

Wow, lamanya tak update. sepuluh tahun ade kot? Haha. Anyway,nasib baik ingat lagi password. tahun ni tahun paling bizi dalam hidup. Ceit,poyo lah kau. Biasala,final year memang bizi kan? (ke aku yang buat-buat bizi) Tapi, Alhamdulillah semua dah selesai. Cuma tengah tunggu posting.

Sebenarnya nak update pasal wedding Fash & Yeop. Kitorang dah kawan since maktab lagi. And the friendship became stronger now,:)) Happy gila tengok diorang kawen. Lama diorang couple, Alhamdulillah they are now husband & wife. I'm happy for both of you. :D

Ok, mari tengok gambar. Jom,jom.


Gambar tuan punye blog kena la tepek mula-mula. Dah blog aku,suka ati la.


Pengantin & bridemaids nye. Pink. Cantik. Wowowowow


Presenting, pengantin lelaki.



Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, they become husband & wife. :))

Esoknye pulak,ada majlis sanding belah perempuan kat Selayang Baru. Buat kat dewan. Aku sampi dalam pukul 1.30. Cehh,terlepas nak tengok diorang berarak. Takpela,tapi yang bestnye ade ayam golek tuu. Masa tu ingat makan je. Sabar Wani. Malu kat orang. Haha. Kitorang tangkap gambar dulu,pastu baru makan.


Sila jangan jeles. Blog aku,suka ati lah. hahah.


Pengantin lelaki (Yeop) & Pengantin perempuan (Fash)


Pengantin perempuan yang gorjes. :)


Ni la bridesmaid die. Kiri: Sis Gja. Kanan: Ummi.

Act,aku kenal ngan kak Gja ni kat fb je. Tak sangka pulak boleh jumpa. Tak percaya pun ada.hehe. Die sangat cantik okey. Dalam gambar cantik dah, jumpe face to face lagi cantik :)) Ramai kawan-kawan dari maktab yang datang time ni. Dah macam gath pulak. Rindu ngan kawan-kawan lama. Bila lagi la boleh jumpa.

Around 3pm, aku dah gerak balik. Ingatkan nak pegi Mid,tapi jalan jem. Mak aihh. Tak sanggup nak redah. Last2 pegi KLCC dengan berbaju kebaya ijau tu. Patriotik gila kan? Bangga sekejap. Haha. Plan nak pegi jalan-jalan je. Malas nak tengok wayang ke hape. Letih. Tapi tetibe teringin nak pegi Aquaria. Afiq punye cadangan la ni. Aku pun jakun,tak pernah pegi. Jangan gelak ye, memang aku tak penah pegi. Haha. Kesian kan. Bukan main melilau kitorang carik. Rupenye2 boleh ikut dalam. Aku ngan afiq siap tawaf park KLCC tu. Dahla I ayu ngan baju kebaya tu. hahah. Next entry la ye citer macam mana jakun nye aku pegi Aquaria tu.

Ok,babai.












waninurul.blogspot.com